Mengurus Kematian
Apabila berlaku kematian seseorang terutamanya ahli keluarga, terdapat beberapa langkah awal penting yang perlu diambil bagi menguruskan jenazah dan urusan rasmi. Berikut ialah panduan langkah awal apabila berlaku kematian di Malaysia: Sahkan kematian Kematian di hospital/ klinik Pegawai perubatan akan mengeluarkan surat pengesahan kematian Dokumen ini digunakan untuk urusan pengebumian dan pendaftaran kematian di JPN Kematian di rumah/ luar hospital/ klinik Hubungi talian 999 untuk mengesahkan kematian (sekiranya perlu) Laporkan kepada polis bagi mendapatkan permit pengebumian Jika kematian diragui, kes akan dirujuk kepada polis untuk siasatan dan mungkin melibatkan bedah siasat Urus pengebumian Hubungi pengurusan jenazah masjid bagi jenazah muslim Bagi jenazah bukan muslim, urusan pengebumian akan mengikut upacara agama masing-masing.
Berikut ialah bantuan mengurus jenazah atau khairat kematian yang disediakan oleh agensi kerajaan dan beberapa institusi berkaitan di Malaysia: Bantuan sebanyak RM3000 dan perlu dimohon dalam tempoh 12 bulan selepas kematian Kelayakan: Pesara/ penjawat awam sahaja Bantuan sebanyak RM3000 kepada waris veteran berpencen dan tidak berpencen Kelayakan: Veteran/ pesara veteran sahaja Bayaran: Maksimum RM3000 Syarat: Faedah khusus kepada pencarum PERKESO Diberikan kepada waris terdekat atau individu/ badan yang membiayai kos pengebumian Bukti perbelanjaan seperti resit diperlukan sekiranya pemohon bukan waris sah Bantuan yang diberikan KWSP terhadap waris terdekat ahli atas budi bicara KWSP. KWSP berhak mempertimbangkan keputusan akhir berkaitan dengan Bantuan Kematian. Bayaran: RM2500 sekali sahaja Syarat: Ahli mempunyai simpanan KWSP Ahli meninggal dunia sebelum 60 tahun Permohonan dalam tempoh 6 bulan selepas kematian Khusus kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bayaran: RM1000 Khairat ASNB tertakluk kepada jumlah pegangan unit si mati pada tarikh kematian Bawah 1,000 unit: RM200 Atas 1,000 unit: RM500 Faedah Pengurusan Mayat yang dibayar sekali ( one-off ) kepada orang tanggungan yang layak jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 55 tahun. Bayaran: RM 3000 Selain daripada bantuan mengurus jenazah di atas, terdapat juga bantuan mengurus jenazah tertakluk kepada syarat dan peruntukan yang disediakan: Koperasi/ persatuan Lembaga/ pusat zakat negeri Institusi kewangan
Mendaftar kematian adalah satu proses yang perlu dilakukan oleh waris bagi mendapatkan sijil kematian. Sijil ini merupakan dokumen rasmi bagi pengurusan harta pusaka si mati dan hal-hal berkaitan kematian. Mendaftar sijil kematian di JPN Dokumen diperlukan: Dokumen pengesahan kematian (asal) Kad pengenalan simati (asal) Kad pengenalan pelapor (waris) asal & salinan
Jenis Pendaftaran: Biasa Terdapat dua kaedah pendaftaran kematian biasa di Semenanjung: Melalui hospital, PDRM atau DBKL Melalui waris Boleh dibuat di mana-mana cawangan JPN Semenanjung. Bayaran: Tiada Jenis Pedaftaran: Lewat Boleh dibuat di mana-mana cawangan JPN Semenanjung. Syarat: 2 orang penganjur sama ada waris atau orang yang mengetahui tentang kematian Jika tiada waris, pegawai polis yang menjalankan siasatan Bayaran: RM50 Jenis Pendaftaran: Biasa Boleh dibuat di mana-mana cawangan JPN Sabah. Bayaran: Tiada Jenis Pedaftaran: Lambat Boleh dibuat di mana-mana cawangan JPN Sabah. Bayaran: RM5 Jenis Pedaftaran: Lewat Boleh dibuat di mana-mana cawangan JPN Sabah. Bayaran: RM10 Jenis Pendaftaran: Biasa Boleh dibuat di mana-mana cawangan JPN Sarawak. Bayaran: Tiada Jenis Pedaftaran: Lambat Boleh dibuat di mana-mana cawangan JPN Sarawak. Bayaran: RM5 Jenis Pedaftaran: Lewat Boleh dibuat di mana-mana cawangan JPN Sarawak. Bayaran: RM10 Jenis Pendaftaran: Luar Negara Boleh dibuat di mana-mana cawangan JPN Semenanjung. Dokumen bukti kematian: Sijil kematian yang dikeluarkan negara di mana kematian berlaku Surat pengesahan kematian daripada hospital Surat pengesahan kematian daripada Kedutaan Malaysia Bayaran: Tiada Jenis Pendaftaran: Semasa Menunaikan Haji Kematian semasa menunaikan haji perlu dilaporkan dalam tempoh: 40 hari kepada pendaftar di Hedjaz 6 bulan di ibu pejabat JPN Bayaran: Tiada
Laporan anggapan kematian merupakan satu permohonan rasmi yang dibuat kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan sijil anggapan kematian bagi individu yang: Telah hilang atau tidak dapat dikesan melebihi tempoh 7 tahun Disyaki telah meninggal dunia walaupun mayatnya tidak dijumpai Prosedur yang perlu dilakukan sebelum mendaftar laporan anggapan kematian di JPN. Carian/ cabutan sijil kematian di JPN Dapatkan perintah anggapan kematian dari mahkamah tinggi sivil jika tiada rekod kematian Mendaftar laporan anggapan kematian melalui perintah mahkamah di JPN Rujukan: Seksyen 108 Akta Keterangan 1950 (Akta 56) Permohonan ini membolehkan waris mendapatkan pengesahan rasmi kematian berdasarkan anggapan bagi tujuan seperti: Urusan pusaka Pembatalan dokumen rasmi Tuntutan insurans Urusan perundangan lain Permohonan perintah anggapan kematian boleh dibuat secara sendiri atau melalui firma guaman.
