.png&w=3840&q=75)
Perkhidmatan Digital Kerajaan
Gerbang digital berpusat untuk rakyat mendapatkan maklumat, panduan dan akses kepada perkhidmatan kerajaan

Siapa Anda?
Dapatkan perkhidmatan kerajaan dan informasi yang menepati keperluan persona anda

Lesen Memandu Malaysia (LMM) dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan terbahagi kepada beberapa kelas mengikut jenis kenderaan.
Lesen Memandu Malaysia (LMM)
Lesen Vokasional
Terdapat dua jenis prosedur pengangkatan iaitu pengangkatan secara de facto melalui JPN dan pengangkatan melalui perintah mahkamah. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, proses pengangkatan adalah melalui perintah mahkamah sahaja.
Prosedur Pengangkatan
- Pengangkatan De Facto melalui JPN:
- Ibu bapa angkat memohon di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana keluarga itu bermastautin
- Jika diluluskan, pengangkatan akan didaftarkan dan sijil anak angkat akan dikeluarkan
- Pengangkatan melalui mahkamah:
Semenanjung:
- Pemohon perlu memohon melalui Firma Guaman yang dilantik oleh ibu bapa angkat atau Jabatan Bantuan Guaman.
- Permohonan perlu dihantar ke Ibu Pejabat JPNM, Putrajaya.
- Perintah Pengangkatan akan dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Rayuan.
Sabah:
Di Sabah, terdapat tiga kategori permohonan anak angkat iaitu:
- Mahkamah Anak Negeri bagi anak negeri Sabah sahaja
- Mahkamah Tinggi bagi bukan warganegara dan bukan orang asal (native)
- Mahkamah Tinggi Syariah bagi yang beragama Islam
- Pemohon perlu hadir di mana-mana cawangan JPN di Sabah untuk mendaftarkan pengangkatan
Sarawak:
Permohonan pengangkatan di negeri Sarawak dibuat berdasarkan Adoption Ordinance 1958 (Sarawak CAP.91) dan Adoption Ordinance (Amendment) 2002 (Chapter A100) yang ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah.
- Pemohon perlu mengemukakan surat rasmi pelantikan daripada firma guaman untuk permohonan di mana-mana cawangan JPN di Sarawak
Lembaga Tabung Haji (TH) ialah sebuah institusi kewangan Islam milik penuh kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1963. TH ditubuhkan untuk membantu umat Islam di negara ini membuat simpanan secara patuh syariah bagi tujuan menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci Mekah.
Tabung Haji berperanan penting sebagai pengurus simpanan, pelaburan, dan operasi haji bagi rakyat Malaysia.
Keistimewaan menyimpan di Tabung Haji
- Patuh Syariah 100%
- Tiada caj perkhidmatan atau faedah
- Dividen tahunan kompetitif (bergantung kepada prestasi pelaburan)
- Perlindungan takaful secara automatik untuk simpanan tertentu
- Urusan pendaftaran haji secara automatik selepas simpanan mencukupi (minimum RM1,300).
- Kerjasama dengan bank rakan strategik seperti Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) ialah tabung simpanan wajib untuk dana persaraan bagi pekerja sektor swasta dan sesetengah sektor awam.
Caruman KWSP adalah hak pekerja kerana ia memastikan anda mempunyai simpanan persaraan, perlindungan sosial serta boleh digunakan dalam keadaan tertentu seperti pendidikan, perumahan dan kesihatan.
Kewajipan Majikan dan Pekerja
- Majikan mesti mendaftar dengan KWSP dan membuat potongan caruman bulanan daripada gaji pekerja
- Majikan juga perlu menambah bahagian caruman mereka sendiri
Kadar Caruman
- Majikan: 13% (jika gaji ≤ RM5,000) atau 12% (jika gaji > RM5,000)
- Pekerja: 11%
TVET Perdana merupakan program latihan kemahiran sepenuh masa yang disasarkan kepada pelajar lepasan SPM atau setaraf.
Pelajar yang mengikuti program ini akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Program TVET Perdana sesuai untuk:
- Pelajar lepasan SPM
- Ingin mengambil bidang kemahiran TVET secara sepenuh masa
Permohonan kemasukan program/kursus TVET Perdana dibuka 2 kali setahun iaitu:
- Ambilan Januari
- Ambilan Julai (selepas keputusan SPM dikeluarkan)
Permohonan kemasukan ke program TVET MARA (Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII) juga melalui saluran ini.
Daftar TVET PerdanaKenali MyKid
MyKid adalah kad pengenalan pintar bercip untuk warganegara Malaysia berumur bawah 12 tahun. Ia mengandungi maklumat penting kanak-kanak seperti nama, nombor daftar kelahiran, tarikh lahir dan alamat.
Tiga maklumat yang disimpan dalam cip:
- Data kelahiran (JPN)
- Maklumat kesihatan
- Maklumat pendidikan
Kelebihan MyKid:
- Mudah dibawa – Saiz kecil dan ringan
- Penyimpanan maklumat digital – Menyimpan maklumat kanak-kanak untuk rujukan pelbagai agensi kerajaan
- Ciri keselamatan – Mengelak untuk disalah guna
- Memudahkan urusan rasmi – Digunakan dalam urusan di klinik, hospital, sekolah, dan agensi kerajaan
Cara memohon MyKid
- Permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Hadir ke mana-mana cawangan JPN bersama dokumen:
- Sijil Kelahiran Asal bayi / Borang W / Borang H (kelahiran luar negara)
- Kad Pengenalan Ibu Bapa (asal & salinan)
- Caj permohonan
Percuma untuk permohonan pertama
Maklumat lanjut berkenaan MyKid Semak status permohonan MyKidTABIKA KEMAS (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) merupakan program pendidikan awal kanak-kanak yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Program ini diwujudkan bagi menyediakan pendidikan awal yang berkualiti kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun terutamanya di kawasan luar bandar, pedalaman dan komuniti B40.
Ciri-Ciri TABIKA KEMAS
- Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) oleh KPM
- Fokus kepada kawasan luar bandar dan komuniti kurang berkemampuan bagi memastikan akses pendidikan awal kepada semua kanak-kanak
Syarat Kemasukan TABIKA KEMAS
- Warganegara Malaysia
- Berumur 4 hingga 6 tahun pada tahun permohonan
- Keutamaan diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan mereka yang tinggal di kawasan luar bandar
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat melalui:
- Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan
- Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat
- Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu keempat bulan November
Sektor awam merujuk kepada perkhidmatan atau pekerjaan yang ditawarkan oleh kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan, Negeri atau Tempatan (PBT) dengan tujuan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dan negara.
Sekiranya anda berminat untuk berkhidmat di sektor awam, permohonan boleh dibuat di portal yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM).
Syarat asas kelayakan untuk berkhidmat di sektor awam:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun
- Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM)/ Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan
Bekerja di sektor awam adalah satu bentuk khidmat bakti kepada negara yang menawarkan kestabilan kerjaya, manfaat jangka panjang dan peluang membina kemajuan bersama masyarakat.
Menjadi penjawat awam memberi peluang untuk menyumbang dalam perancangan dasar awam, pentadbiran dan pembangunan negara secara langsung.
Tarikh Penting
29 Januari 2026 (Khamis) - 1 Februari 2026 (Ahad)
Hari Terbuka Putrajaya 2026Dengan slogan “Satu Destinasi, Pelbagai Solusi”, POD2026 tahun ini menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada orang awam termasuklah daripada kementerian, agensi dan pelancongan.
Dataran Putrajaya, Presint 3
10.00 AM - 10.00 PM

Adakah Portal ini Membantu Anda?
Memuatkan undian...