TEDUH (Transforming and Empowering Data Usage in Housing) merupakan sebuah inisiatif digital yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyediakan maklumat yang lengkap, telus dan mudah diakses berkenaan perumahan di Malaysia.
Beberapa fungsi utama portal TEDUH:
- Carian projek perumahan mengikut lokasi, jenis rumah dan julat harga
- Paparan status pembinaan projek
- Senarai pemaju projek dan agensi kerajaan yang terlibat
- Senarai garis panduan permohonan rumah mampu milik mengikut negeri
Antara jenis perumahan dalam aplikasi TEDUH:
- Rumah Mampu Milik Swasta (RMM)
- Program Perumahan Rakyat (PPR)
- Rumah Mesra Rakyat (RMR)
- Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)
- Projek perumahan oleh kerajaan negeri dan agensi berkaitan
