Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyediakan perumahan yang selesa, selamat dan mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah di Malaysia.
Terdapat 2 kategori PPR:
- PPR Disewa – Disewakan pada kadar RM124 sebulan.
- PPR Dimiliki – Harga jual antara RM35,000 – RM42,000 seunit (bergantung kepada lokasi).
Ciri-ciri rumah:
- Rumah berkeluasan 700 kaki persegi
- 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 dapur & 1 bilik air
- Kemudahan asas seperti dewan komuniti, surau, taman permainan dan kedai
Syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia
- 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
- Belum memiliki rumah sendiri
- Pemohon mestilah menetap di kawasan permohonan
