Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) merupakan program khas oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad), sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
SJKP diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan tidak tetap yang sukar mendapatkan pinjaman perumahan daripada institusi kewangan biasa.
Golongan ini termasuk:
- Pekerja sendiri (contohnya peniaga kecil, penjaja, petani)
- Pekerja gig (Grab, Foodpanda, freelancer)
- Peniaga mikro, penjaja, dan pekerja tanpa penyata gaji tetap
Terdapat dua kategori skim SJKP:
- Skim SJKP
Pembiayaan sehingga RM500,000
- Skim SJKP Madani
Pembiayaan sehingga RM360,000
Skim ini membenarkan pinjaman sehingga 2 generasi atau maksimum 35 tahun.
Lihat syarat-syarat SJKP