Berikut merupakan nilaian harta pusaka dan agensi pengurusan mengikut nilaian keseluruhan harta pusaka di Malaysia:
- Pusaka kecil (bawah RM5 juta)
Pusaka kecil merujuk kepada harta pusaka si mati seperti yang berikut:
- Meninggalkan harta sama ada harta alih sahaja, harta tak alih sahaja atau kedua-duanya
- Jumlah nilai keseluruhan harta (alih dan tak alih) tidak melebihi RM5 juta pada tarikh permohonan
- Diuruskan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) atau Amanah Raya Berhad (ARB)
- Tertakluk kepada hukum faraid (jika Islam) atau Akta Pembahagian 1958 [Akta 300] (bukan Islam)
- Pusaka besar
Pusaka besar merupakan harta peninggalan si mati yang:
- Nilainya melebihi RM5 juta, atau;
- Si mati meninggalkan wasiat di bawah Akta Wasiat 1959 (bukan islam)
- Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sivil
- Jika ada wasiat: Permohonan Geran Probet (Harta Pusaka Berwasiat)
- Jika tiada wasiat: Permohonan Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration (LA))
- Mahkamah akan melantik pentadbir harta di kalangan waris
- Pusaka ringkas (bawah RM600 ribu)
Harta pusaka yang melibatkan harta alih sahaja seperti akaun bank, ASB dan KWSP
- Surat kuasa mentadbir dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad
- Contoh: KWSP, ASNB, simpanan bank, Takaful, kereta
