- Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521)
Melindungi semua individu yang menjadi mangsa keganasan dalam rumah tangga.
Ketahui lebih lanjut tentang Akta Keganasan Rumah Tangga 1994- Akta Anti Gangguan Seksual 2022 (Akta 840)
Diwartakan pada 18 Oktober 2022. Merupakan peruntukan hak tebus rugi bagi mana-mana orang yang diganggu secara seksual.
Ketahui lebih lanjut tentang Akta antigangguan seksual 2022 (Akta 840)- Tribunal Antigangguan Seksual (TAGS)
Alternatif kepada mahkamah sivil untuk mangsa gangguan seksual mengambil tindakan terhadap pelaku bagi mendapatkan hak tebus rugi secara cepat dan mudah dengan kos yang minimum.
Tribunal Bagi Antigangguan Seksual (TAGS)- Kanun keseksaan (Akta 574)
Hukuman bagi kesalahan seksual dan hendap (stalker)
Baca lanjut tentang Kanun Keseksaan- Akta kerja 1955
Hak pekerja wanita dan perlindungan di tempat kerja seperti:
- Larangan pemberhentian kerja semasa hamil
- Cuti bersalin dilanjutkan dari 60 hari kepada 98 hari
- Cuti paterniti selama 7 hari untuk suami yang layak
- Pengenalan fleksibiliti masa kerja (flexible working arrangement) dengan persetujuan di antara pekerja dan majikan
- Larangan diskriminasi dalam pekerjaan melalui Seksyen 69F
- Peruntukan gangguan seksual yang lebih tegas, termasuk kewajipan majikan untuk menyiasat dalam tempoh 60 hari
