Talian Kasih merupakan talian prihatin masyarakat yang menghubungkan orang awam dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi mengemukakan pertanyaan, aduan, permohonan bantuan atau sebarang cadangan yang berkaitan dengan:
- Penderaan
- Pengabaian kanak-kanak
- Gangguan seksual
- Pembuangan bayi
Menerusi talian ini, orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling, kebajikan kumpulan sasar, bantuan perlindungan, perkhidmatan reproduktif dan bimbingan sosial remaja bagi meningkatkan kesejahteraan emosi masyarakat.
Talian yang beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu ini boleh diakses oleh orang ramai melalui:
- Talian Bebas Tol: 15999
- WhatsApp: 019-261 5999
- Aplikasi mudah alih: Talian Kasih
