Program Kesihatan Sekolah merupakan inisiatif kolaborasi antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang meliputi murid dari peringkat prasekolah hingga sekolah menengah. Bagi murid prasekolah, program ini memberi penekanan kepada pengesanan awal masalah kesihatan, promosi amalan gaya hidup sihat, dan pendidikan kesihatan asas yang sesuai dengan peringkat umur mereka.
Perkhidmatan kesihatan untuk murid pra-sekolah:
- Pemeriksaan kesihatan asas: tinggi, berat, penglihatan, pendengaran
- Perkhidmatan kesihatan pergigian termasuk pemeriksaan pergigian, pendidikan kesihatan pergigian dan rawatan pencegahan
- Pemberian ubat cacing (di kawasan tertentu)
- Pendidikan kesihatan interaktif: cuci tangan, kebersihan diri, pemakanan sihat
