Bagi pesakit OKU terlantar yang memerlukan penjagaan khusus, berikut merupakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KKM dengan rujukan daripada hospital atau klinik kesihatan:
- Perkhidmatan Perawatan Domisiliari (PPD)
Perkhidmatan perawatan holistik yang diberikan kepada kes stabil yang terlantar dan memerlukan kesinambungan penjagaan serta perawatan di rumah selepas discaj dari hospital
Senarai fasiliti kesihatan KKM- Perkhidmatan Perawatan Domisiliari Skop Perubatan Paliatif (PPD Paliatif)
- Diberikan kepada pesakit yang menghidap penyakit yang tidak akan sembuh seperti kanser tahap akhir
- Juga dipanggil sebagai end-of-life care
- Perkhidmatan: terapi, rawatan untuk mengurangkan kesakitan dan psikologi
- Buat masa sekarang, perkhidmatan ini tiada di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan
