Terdapat dua jenis prosedur pengangkatan iaitu pengangkatan secara de facto melalui JPN dan pengangkatan melalui perintah mahkamah. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, proses pengangkatan adalah melalui perintah mahkamah sahaja.
Prosedur Pengangkatan
- Pengangkatan De Facto melalui JPN:
- Ibu bapa angkat memohon di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana keluarga itu bermastautin
- Jika diluluskan, pengangkatan akan didaftarkan dan sijil anak angkat akan dikeluarkan
- Pengangkatan melalui mahkamah:
Semenanjung:
- Pemohon perlu memohon melalui Firma Guaman yang dilantik oleh ibu bapa angkat atau Jabatan Bantuan Guaman.
- Permohonan perlu dihantar ke Ibu Pejabat JPNM, Putrajaya.
