Aplikasi Mobile eAduan @JTKSM ini adalah salah satu alternatif yang disediakan olehJabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) khas untuk kegunaan pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia sahaja. Ia menyediakan saluran aduan perburuhan bagi memudahkan pekerja, orang awam atau pihak ketiga untuk memfailkan aduan sekiranya berlaku ketidakpatuhanundang-undang perburuhan.