Perkhidmatan ini membolehkan murid Tingkatan 3 membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 4. Pemilihan berdasarkan kelayakan akademik, kokurikulum, dan saringan tertentu yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).