Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Sorotan
Paparan 1 - 5 daripada 5 carian perkhidmatan digital
Perkhidmatan ini membolehkan waris atau pemohon menyemak status permohonan pembetulan maklumat berkaitan kematian dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), termasuk pembatalan atau pindaan sijil kematian, secara dalam talian.
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menyemak status permohonan berkaitan permohonan pembahagian pusaka melalui portal MyLAND.
Aplikasi MyLAND membolehkan waris dan pihak yang berkepentingan membuat permohonan pembahagian pusaka kecil, menyemak status permohonan dan perbicaraan secara dalam talian serta membuat pembayaran Perintah Pusaka melalui ePayment Sistem MyLAND tanpa perlu hadir ke pejabat. Perkhidmatan secara dalam talian ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan orang ramai dalam menguruskan harta pusaka si mati.
Portal Warga Emas (eWARGA EMAS) adalah usaha Kerajaan ke arah merealisasikan objektif yang digariskan dalam Dasar Warga Emas iaitu membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu. Portal ini membolehkan warga emas mendaftar sebagai ahli di Pusat Aktiviti Warga Emas dan mencari lokasi PAWE berhampiran.
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna memohon bekalan ubat-ubatan dari fasiliti kesihatan kerajaan melalui aplikasi MyUbat. Perkhidmatan ini juga disediakan di platform aplikasi mudah alih.