Perjalanan Persona

Menghantar Anak ke Sekolah Rendah
Menghantar anak ke sekolah rendah merupakan langkah besar dalam kehidupan ibu bapa dan anak-anak. Ia menandakan permulaan kepada pendidikan formal di Malaysia dan melibatkan pelbagai keputusan penting seperti pemilihan jenis sekolah, proses pendaftaran serta memahami keperluan akademik dan sokongan yang disediakan sepanjang tempoh persekolahan anak. Ketahui lebih lanjut mengenai sekolah rendah di Malaysia dan peluang pendidikan rendah yang boleh diteroka untuk anak-anak anda.

Membesarkan Kanak-kanak
Membesarkan anak adalah satu perjalanan yang penuh cabaran. Ibu bapa perlu memastikan perkembangan fizikal dan kesihatan emosi anak-anak berlaku secara sihat dan seimbang. Ibu bapa juga digalakkan untuk mengikuti ilmu kekeluargaan dan keibubapaan bagi melengkapkan diri dengan kemahiran mendidik dan membina hubungan sihat dalam keluarga.

Mendaftar Pengenalan Diri
Mendapatkan kad pengenalan sebagai pengesahan identiti diri adalah antara keperluan penting sebagai seorang warganegara Malaysia. Pendaftaran kad pengenalan atau MyKad ini dibuat apabila anak-anak mencapai usia 12 tahun. Ketahui lebih lanjut tentang keistimewaan MyKad, langkah-langkah mendapatkan MyKad serta hal-hal berkaitan pengenalan diri menerusi topik ini

Mendaftar Anak ke Sekolah Menengah
Pendaftaran ke sekolah menengah adalah fasa penting dalam pendidikan murid selepas tamat Tahun 6. Ia menandakan peralihan daripada peringkat pendidikan rendah ke pendidikan menengah di mana anak-anak mula meneroka minat dan kecenderungan mereka dari segi akademik. Sebagai ibu bapa, terdapat pelbagai pilihan aliran akademik bagi pendidikan menengah yang boleh disasarkan kepada anak-anak. Ikuti topik ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang peluang pendidikan menengah di Malaysia.

Merancang Kewangan Kanak-kanak
Merancang kewangan untuk anak-anak adalah langkah penting yang dapat membantu menjamin masa depan mereka dari segi pendidikan, kesihatan dan kebajikan. Ibu bapa digalakkan untuk menyimpan dan merancang kewangan mereka seawal usia kecil. Terdapat pelbagai instrumen kewangan yang disediakan agensi kerajaan serta swasta yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa.
