Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menyemak maklumat biasiswa yang dipohon daripada KPT
Perkhidmatan ini disediakan oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) untuk membolehkan lepasan SPM, STPM, dan setaraf memohon kemasukan ke IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Permohonan dilakukan secara dalam talian melalui sistem UPUOnline. *Pautan permohonan hanya boleh diakses semasa tempoh permohonan aktif.
test@
test sahaja
SOROTAN
Bantuan kewangan ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di UA, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah seliaan KPT
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna mencari dan mendapatkan maklumat mengenai institusi TVET awam di seluruh Malaysia. Carian boleh dibuat berdasarkan agensi, negeri, dan jenis institusi.
Selepas tamat alam persekolahan, pelajar lepasan menengah berdepan pelbagai pilihan penting dalam menentukan hala tuju hidup yang seterusnya. Ikuti topik-topik dan perkhidmatan digital berkaitan untuk membantu anda membuat keputusan yang terbaik demi kejayaan masa depan.
Selepas menerima keputusan SPM, terdapat juga calon lepasan SPM yang mencari peluang membangunkan kemahiran dan meningkatkan keyakinan sebagai persiapan untuk langkah seterusnya. Ikuti topik berkaitan pembangunan kemahiran dan jati diri di dalam perjalanan ini.
Antara pilihan utama kebanyakan pelajar lepasan menengah adalah menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi demi mengejar cita-cita dan kerjaya dalam bidang yang diimpikan. Topik-topik di dalam perjalanan ini disediakan khusus untuk anda mendapatkan maklumat yang terbaik berkaitan pilihan pendidikan selepas tamat persekolahan menengah.
Sejajar dengan Dasar TVET Negara yang diperkenalkan Kerajaan, terdapat pelbagai program dan sijil kemahiran khusus kepada pelajar lepasan menengah yang meminati dan ingin menceburi industri berkaitan kemahiran. Ketahui topik serta perkhidmatan digital berkaitan program TVET di dalam perjalanan persona ini.
Sekiranya anda merancang untuk terus bekerja selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, terdapat pelbagai panduan yang boleh membantu anda mencari pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kelayakan anda. Ikuti topik di dalam laluan kerjaya ini untuk mendapatkan lebih banyak maklumat bermanfaat.
Bagi pelajar lepasan menengah yang meminati bidang keusahawanan, terdapat pelbagai program pembangunan usahawan yang disediakan Kerajaan. Selain itu, terdapat juga bimbingan dan panduan kepada sektor tidak formal seperti pekerja gig dan freelancer. Ketahui lebih lanjut tentang laluan keusahawanan di dalam perjalanan persona ini.