Perjalanan Persona

Peluang Latihan dan Kebolehpasaran
Bagi pencari kerja, penguasaan kemahiran yang relevan dan terkini amat penting untuk meningkatkan peluang diterima majikan. Kerajaan menyediakan pelbagai program latihan, pensijilan profesional serta kursus peningkatan kemahiran yang dapat membantu anda bersedia untuk keperluan pasaran kerja semasa. Lihat maklumat dan program yang sesuai dengan keperluan anda untuk meningkatkan kebolehpasaran menerusi topik-topik berikut.

Persediaan Memohon Kerja dan Menghadapi Temuduga
Sebelum melangkah ke alam pekerjaan, persediaan yang rapi amat penting bagi memastikan pencari kerja lebih bersedia dan yakin menghadapi persaingan. Ikuti topik dan tips persediaan umum untuk membantu anda lebih bersedia.

Memohon Sektor Awam
Bekerja dalam sektor awam merupakan antara pilihan pencari kerja sebagai peluang pembangunan kerjaya yang profesional dan juga sebagai cara berkhidmat untuk negara. Permohonan biasanya dibuat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan agensi kerajaan lain yang menguruskan pengambilan jawatan mengikut bidang serta kelayakan. Ketahui lebih lanjut tentang memohon pekerjaan dalam sektor awam menerusi topik-topik khas di dalam perjalanan persona ini.

Mendapatkan Bantuan Sebagai Pencari Kerja
Kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan bagi menyokong pencari kerja yang kehilangan pekerjaan. Terdapat juga bantuan dan program khas kepada pencari kerja daripada golongan rentan seperti OKU dan warga emas. Anda boleh menyemak senarai bantuan pencari kerja di dalam perjalanan persona ini.
