Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di Universiti Awam/ Swasta, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah seliaan KPT.
Antara syarat permohonan:
- Warganegara Malaysia;
- Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU
- Kursus diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
- Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini
- Bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/ sebahagian)
Bantuan ini boleh dimohon melalui Sistem Penajaan Orang Kurang Upaya (SisPO)
Mohon melalui SisPO