Bantuan Pendidikan
Di Malaysia, terdapat pelbagai bentuk bantuan yang disediakan untuk menyokong pendidikan awal kanak-kanak, khususnya bagi keluarga yang memerlukan. Berikut adalah beberapa program bantuan yang ditawarkan: Bantuan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bantuan kewangan ini disediakan untuk kelas prasekolah di sekolah kerajaan (SK) dan sekolah bantuan kerajaan (SBK). Bantuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (JPNIN) Bantuan Makanan Tambahan TABIKA dan TASKA Perpaduan Buku aktiviti murid TABIKA Perpaduan Starter Kit TABIKA dan TASKA Perpaduan Geran Per Kapita murid TABIKA Perpaduan Perlindungan Insurans Kemalangan diri berkelompok murid TABIKA dan TASKA Perpaduan Buku Log TASKA Perpaduan Perkhidmatan Internet di TABIKA dan TASKA Perpaduan Bantuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS, KKDW): Subsidi Yuran Geran Per Kapita Program Bantuan Makanan Tambahan (PBMT) Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBPK) Elaun ini bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa atau penjaga murid berkeperluan pendidikan khas yang memegang kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kadar: RM150 sebulan
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) BAP bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga pada awal tahun. Kadar Bantuan : RM150 seorang, diberikan secara "one-off". Kriteria Kelayakan : Warganegara Malaysia. Pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf bagi sesi persekolahan semasa.
Terdapat pelbagai bentuk bantuan yang disediakan untuk pelajar sekolah menengah bagi meringankan beban kewangan dan memastikan mereka dapat meneruskan pendidikan dengan lancar. Berikut adalah beberapa bantuan utama yang ditawarkan: Bantuan khusus kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah untuk mereka mengekalkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum sepanjang persekolahan menengah KWAPM bertujuan membantu pelajar miskin agar tidak tercicir dalam pendidikan Jenis Bantuan : Bantuan Am Persekolahan (BAmP) Bantuan Kecemasan (BK) BAP bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga pada awal tahun Kriteria Kelayakan : Warganegara Malaysia Pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf bagi sesi persekolahan semasa Bantuan khusus kepada atlet murid yang memenuhi syarat seperti berikut: Sekolah Menengah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah KPM Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah harian dan pelajar Tahun 1 dan 2 di Kolej Vokasional KPM Menunjukkan prestasi cemerlang dalam sukan dengan sekurang-kurangnya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan dalam MSSM, Liga Sukan KPM, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS), Sukan Prestasi Tinggi Negara (SPTN) serta kejohanan/ pertandingan sukan yang diiktiraf oleh Badan Sukan Kebangsaan/ Antarabangsa Dimohon oleh guru yang bertanggungjawab di setiap sekolah Inisiatif daripada YPM untuk membantu pelajar miskin di peringkat persekolahan sebagai galakan meningkatkan prestasi akademik. Terdapat juga Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri. Murid boleh menyemak portal negeri masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai BKSM.
Elaun Murid Berkeperluan Khas (EBMPK) ialah bantuan kewangan bulanan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khusus untuk murid Orang Kurang Upaya (OKU) yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan dalam program pendidikan khas. Syarat kelayakan: Warganegara Malaysia Murid berdaftar dan belajar di: Sekolah kerajaan / bantuan kerajaan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau Sekolah Pendidikan Khas Penuh Berdaftar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dengan JKM Tidak menerima biasiswa lain Kadar bantuan RM150 sebulan Diberi sepanjang tahun persekolahan (mengikut syarat kehadiran dan pengesahan sekolah)
Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di Universiti Awam/ Swasta, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah seliaan KPT. Antara syarat permohonan: Warganegara Malaysia; Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU Kursus diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini Bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/ sebahagian) Bantuan ini boleh dimohon melalui Sistem Penajaan Orang Kurang Upaya (SisPO)
Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta agensi berkaitan menyediakan pelbagai kemudahan bagi meringankan beban pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), sama ada IPTA atau IPTS. Antara kemudahan utama: Kad MySiswa Inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti Awam di Malaysia dan bank RHB Kad diskaun khas kepada pelajar IPT yang membolehkan mereka menikmati potongan harga bagi pembelian buku, makanan, pengangkutan, barangan komputer, pakaian dan lain-lain. Perumahan dan asrama pelajar Kebanyakan institusi menyediakan kemudahan kolej kediaman dengan kadar sewa berpatutan Semak kolej kediaman masing-masing mengenai kemudahan ini Pengangkutan dan diskaun tambang MyRapid: Kad konsesi pelajar bagi potongan tambang bas dan LRT Diskaun tiket KTM Komuter & ETS untuk pelajar IPT Semak terma dan syarat terkini FlySiswa oleh Malaysia Airlines : baucar penerbangan bagi pelajar di Pantai Timur atau Sabah/ Sarawak Kemudahan kesihatan Klinik Kesihatan Universiti/ Pusat Kesihatan Pelajar dengan kadar minima Kemudahan internet Pakej Rahmah PraBayar Siwa : Akses kepada kemudahan internet Antara penyedia perkhidmatan: Pelajar digalakkan untuk menyemak kemudahan yang disediakan menerusi institusi masing-masing.
