Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) ialah tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti.
Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental) kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara KPWKM dengan agensi kerajaan yang lain serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Antara aktiviti yang diadakan:
- Senamrobik, Tai Chi, yoga
- Kelas ICT, kraftangan, memasak dan menjahit
- Ceramah kesihatan dan agama
- Lawatan sambil belajar dan gotong-royong
- Program ziarah dan sokongan sosial
Siapa yang boleh menyertai?
- Warga emas berumur 60 tahun ke atas
- Sihat dan boleh bergerak sendiri
- Bermastautin di kawasan berdekatan dengan PAWE
- Ahli keluarga, sukarelawan, NGO dan komuniti juga boleh terlibat sebagai penyumbang aktiviti
