INSTITUSI KELUARGA
Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk anda mempelajari tentang ilmu kekeluargaan asas bagi memastikan keluarga anda diuruskan dalam keadaan aman dan sejahtera. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah memperkenalkan beberapa inisiatif program dan kursus keibubapaan seperti: I'm In Control (Ibu Bapa) : Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman ibu bapa mengenai perkembangan fisiologi dan psikososial anak-anak mereka. Keluarga@Kerja : Kursus ini memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa mengenai kepentingan mengimbangi peranan antara kerjaya dan keluarga. Selain kursus melalui portal e-Learning LPPKN, ibu bapa juga boleh mempelajari ilmu dan panduan keibubapaan di portal Keluarga Bahagia.
Pengurusan kewangan yang baik membolehkan keluarga memenuhi keperluan harian, merancang masa depan dan menghadapi cabaran kewangan dengan lebih bersedia. LPPKN menyediakan kursus ilmu kewangan seperti yang berikut: SMARTbelanja @ LPPKN : Kursus ini memberi kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab setiap anggota terhadap kewangan keluarga serta pengetahuan untuk mengurus kewangan dengan bijak.
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah memperkenalkan beberapa inisiatif program dan kursus keibubapaan. Berikut merupakan antara kursus dalam talian berkaitan keibubapaan di bawah LPPKN: PEKA (Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak) : Kursus ini meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa, penjaga, dan masyarakat mengenai keselamatan keluarga dan anak. Selain kursus melalui portal e-Learning LPPKN, ibu bapa juga boleh mempelajari ilmu dan panduan keibubapaan di portal Keluarga Bahagia. Antara artikel yang boleh dipelajari termasuk: Keibubapaan digital : Menawarkan panduan untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran dunia digital Keibubapaan kreatif: Memberi idea dan cadangan dalam mendidik dan membesarkan anak
Anak yang meningkat remaja mempunyai cabaran yang tersendiri dalam membesarkan mereka. Pada peringkat ini, anak-anak sedang mencari identiti diri, ingin berdikari dan mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya serta persekitaran termasuk media sosial dan teknologi. Peranan ibu bapa amat penting untuk memastikan remaja berkembang secara sihat dan seimbang. LPPKN melalui modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) menyediakan maklumat dan pendekatan mendidik remaja tentang kesihatan, emosi, sosial dan tingkah laku. Kursus yang disediakan LPPKN: I'm In Control (Remaja) : Kursus ini memberi kemahiran kepada remaja untuk menghindari dan mengurangkan tingkah laku seksual yang berisiko. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan panduan keibubapaan remaja di portal Keluarga Bahagia.
Portal Keluarga Bahagia di bawah LPPKN menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan pembangunan keluarga, termasuk perkhidmatan kaunseling secara profesional dan mesra pengguna. Antara perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan: Kaunseling perkahwinan Membantu pasangan suami isteri menyelesaikan isu rumah tangga seperti komunikasi, kewangan, konflik peranan dan kesetiaan. Kaunseling keluarga Menyokong ahli keluarga (ibu bapa dan anak, adik-beradik) yang menghadapi masalah seperti hubungan renggang, salah faham atau isu tingkah laku. Kaunseling Pra-Perkahwinan Membantu pasangan yang bakal berkahwin dalam memahami tanggungjawab perkahwinan dan peranan masing-masing. Kaunseling Remaja dan Individu Memberi ruang kepada remaja dan individu untuk berkongsi cabaran hidup, tekanan emosi, identiti diri dan kesihatan mental. Kaedah Penyampaian: Secara fizikal (bersemuka) di pejabat LPPKN negeri atau daerah Secara dalam talian melalui sistem janji temu dalam portal keluargabahagia.my atau panggilan video Secara telefon atau borang pertanyaan dalam talian Ciri-ciri perkhidmatan: Sulit dan selamat Dikendalikan oleh kaunselor berdaftar dan bertauliah Mesra pengguna dan fleksibel dari segi masa
Kursus Peningkatan Kemahiran Sebagai Penjaga (Caregivers) Anjuran: Institut Sosial Malaysia (ISM) Sasaran: Penjaga kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak dan pesakit kronik terlantar Ahli keluarga, sukarelawan, atau individu yang ingin menjadi penjaga terlatih Objektif Program: Memberi pendedahan kemahiran dan pengetahuan penjagaan asas terhadap warga emas, OKU, kanak-kanak dan pesakit kronik terlantar Memberi pemahaman dan pengetahuan mengenai keperluan kesihatan, pemakanan dan komunikasi dengan warga emas, OKU, kanak-kanak dan pesakit kronik terlantar Memperolehi kemahiran pengurusan dan penjagaan warga emas, OKU, kanak-kanak dan pesakit kronik terlantar Membangunkan kemahiran menjalankan aktiviti, pemulihan dan kemajuan kepada warga emas, OKU, kanak-kanak dan pesakit kronik terlantar Tempoh kursus: 28 jam
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) ialah tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental) kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara KPWKM dengan agensi kerajaan yang lain serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Antara aktiviti yang diadakan: Senamrobik, Tai Chi, yoga Kelas ICT, kraftangan, memasak dan menjahit Ceramah kesihatan dan agama Lawatan sambil belajar dan gotong-royong Program ziarah dan sokongan sosial Siapa yang boleh menyertai? Warga emas berumur 60 tahun ke atas Sihat dan boleh bergerak sendiri Bermastautin di kawasan berdekatan dengan PAWE Ahli keluarga, sukarelawan, NGO dan komuniti juga boleh terlibat sebagai penyumbang aktiviti
Portal iJPW merupakan platform digital rasmi yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Portal ini bertujuan untuk memudahkan orang awam, khususnya wanita mendapatkan maklumat serta akses kepada program, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan berkaitan pembangunan wanita. Antara fungsi iJPW: Maklumat Program & Aktiviti Menyediakan senarai program dan aktiviti JPW seperti: Program IRIS berkaitan literasi perundangan dan hak wanita Program MATAHARI berkaitan kesihatan mental wanita Program keusahawanan wanita Pendaftaran Dalam Talian Pengguna boleh menyertai kursus, latihan dan program keusahawanan/ kemahiran JPW dan mendaftar secara dalam talian
testing testing user media Sistem pendidikan di Malaysia memainkan peranan penting dalam membentuk generasi masa depan yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia. Di dalam kategori Sekolah dan Pendidikan ini, topik-topik merangkumi kesemua peringkat pendidikan daripada pendidikan awal kanak-kanak dan prasekolah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi. Terdapat juga topik berkaitan program pembangunan diri dan latihan industri yand dibangunkan khusus kepada murid sekolah dan siswazah sebagai rujukan anda. Berikut merupakan topik di bawah kategori Sekolah dan Pendidikan: Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sekolah Rendah Sekolah Menengah Program PERMATA Pendidikan Khas Program Pembangunan Diri Program Pra-Universiti Pendidikan Tinggi Program TVET Latihan Industri Penajaan dan Bantuan Kewangan Sistem pengangkutan di Malaysia memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi, mobiliti rakyat dan pembangunan bandar. Ia merangkumi pelbagai jenis pengangkutan seperti darat, udara dan laut yang saling melengkapi antara satu sama lain. Di dalam kategori Pengangkutan ini juga, anda boleh mendapatkan panduan mengenai perkhidmatan seperti lesen memandu dan jual beli kenderaan. Berikut merupakan topik yang terdapat di dalam kategori Pengangkutan: Lesen Memandu Lesen Kenderaan Perkhidmatan Kenderaan Institusi keluarga di Malaysia merupakan asas penting dalam pembentukan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Keluarga berperanan sebagai unit sosial utama yang membentuk nilai, sahsiah serta identiti seseorang individu sejak kecil dalam melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Di dalam kategori Institusi Keluarga ini, anda boleh mendapatkan topik-topik berkenaan pembangunan dan pengurusan keluarga seperti mendaftar perkahwinan, merancang keluarga dan menguruskan anak-anak. Berikut merupakan topik yang terdapat di dalam kategori ini: Perkahwinan Pasangan Islam Perkahwinan Pasangan Bukan Islam Merancang Keluarga Mengurus Keluarga Perceraian Pasangan Islam Perceraian Pasangan Bukan Islam
