Sekiranya anda tidak mempunyai sijil nikah rasmi yang dikeluarkan oleh pejabat agama Islam di Malaysia, anda perlu mendaftarkan perkahwinan tersebut bagi mengelakkan implikasi undang-undang.
Jenis permohonan pendaftaran nikah
- Pendaftaran sukarela
- Perkahwinan sebelum berkuatkuasa Undang-Undang
- Perkahwinan muallaf
- Individu yang memperolehi taraf warganegara
- Perkahwinan dalam negeri
Perkahwinan yang mempunyai kebenaran atau tanpa kebenaran
- Perkahwinan luar negeri
Perkahwinan yang mempunyai kebenaran atau tanpa kebenaran
Mengapa anda perlu mendaftar perkahwinan di Malaysia?
- Mengiktiraf perkahwinan secara sah
Pendaftaran nikah menjadikan perkahwinan diiktiraf secara rasmi oleh undang-undang syariah di Malaysia.
Tanpa pendaftaran, pasangan dianggap bersekedudukan secara tidak sah, walaupun akad telah dijalankan.
- Memiliki dokumen rasmi pernikahan
Memperolehi sijil nikah sebagai dokumen rasmi pernikahan boleh digunakan untuk tujuan seperti:
- Permohonan rumah
- Kemudahan zakat, hospital, pembahagian harta, anak angkat dan sebagainya
- Urusan pendaftaran persekolahan anak
- Melindungi hak suami, isteri dan anak
Pendaftaran nikah memudahkan:
- Tuntutan nafkah
- Pembahagian harta sepencarian
- Penetapan wali sah bagi anak
- Pendaftaran kelahiran anak dengan status yang sah
- Mengelakkan tindakan undang-undang
Bernikah tanpa mendaftar atau tanpa kebenaran adalah kesalahan di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri.
- Membolehkan urusan perceraian, poligami dan rujuk yang sah
Hanya perkahwinan yang berdaftar boleh mengakses prosedur rasmi seperti:
- Cerai melalui Mahkamah Syariah
- Pendaftaran rujuk selepas cerai
- Permohonan poligami
- Perintah nafkah dan hadhanah (hak penjagaan anak)
