Perkahwinan Pasangan Islam
SPPIM ialah singkatan bagi Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia, satu sistem dalam talian yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) untuk mengurus dan menyelaraskan urusan perkahwinan pasangan Islam di Malaysia. Perkhidmatan yang ditawarkan SPPIM Kursus pra-perkahwinan Kebenaran berkahwin Nikah, cerai dan rujuk (NCR) Khidmat nasihat Meja bantuan Program kekeluargaan
Bagi pasangan Islam, kursus pra-perkahwinan merupakan satu syarat wajib sebelum anda boleh memohon kebenaran untuk berkahwin. Kursus ini meliputi panduan dan kemahiran untuk membantu anda melayari hidup berumah tangga dengan aman dan sejahtera. Antara topik yang dikupas adalah: Tasawwur Islam Perkahwinan Prosedur Perkahwinan Tanggungjawab suami isteri Komunikasi suami isteri Pengurusan Kewangan Pengurusan Kesihatan Pengurusan Stress dan Konflik Pembubaran Perkahwinan Majlis Akad Nikah dan Walimatul Urus Permohonan pendaftaran kursus dan semakan jadual secara dalam talian boleh dibuat menerusi portal sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) di pautan berikut: Sijil kursus pra-perkahwinan yang dikeluarkan akan digunakan untuk tujuan permohonan kebenaran untuk berkahwin.
Sebelum melangsungkan perkahwinan, bakal pasangan perlu memohon kebenaran berkahwin di pejabat agama. Anda boleh memohon kebenaran secara terus dalam talian menerusi portal Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). Terdapat beberapa dokumen yang perlu dilengkapkan, disahkan dan dimuat naik semula untuk tujuan pengesahan pejabat agama seperti ujian saringan HIV dan maklumat wali. Pastikan anda menyemak dan melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan selepas permohonan dibuat secara dalam talian. Bagi negeri-negeri yang tidak menggunakan sistem SPPIM, anda juga boleh memohon kebenaran secara dalam talian di pautan berikut: Bagi pemohon dari negeri Sabah, permohonan kebenaran berkahwin boleh dibuat di pejabat agama daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Bagi kes-kes yang memerlukan kebenaran mahkamah, anda dinasihatkan untuk tidak menetapkan tarikh perkahwinan sebelum mendapat perintah mahkamah syariah. Selepas kebenaran berkahwin diterima, anda dan pasangan boleh meneruskan perancangan majlis akad nikah dan walimatul urus yang telah dirancang.
Di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat beberapa jenis perkahwinan yang memerlukan kebenaran daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu, antaranya: Lelaki yang ingin berpoligami perlu memohon kebenaran Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Mahkamah akan menilai kemampuan kewangan, keadilan, dan sebab permohonan. Jika wali tidak dapat dikesan, enggan, tidak layak, atau telah meninggal dunia. Mahkamah Syariah perlu mengeluarkan Perintah Wali Hakim untuk menggantikan wali yang tiada. Perintah ini diperlukan sebelum permohonan nikah diluluskan. Had umur perkahwinan bawah umur bagi lelaki dan perempuan adalah tertakluk kepada undang-undang setiap negeri. Jika mana-mana pasangan bawah umur yang ingin berkahwin, mereka perlu mendapatkan perintah mahkamah dan hanya terpakai pada negeri berkenaan saja. Lelaki yang telah menceraikan isteri dan masih dalam tempoh iddah isteri perlu memohon kebenaran mahkamah syariah untuk berkahwin dengan wanita lain. Wanita yang telah bercerai tanpa disetubuhi (janda berhias) perlu memohon kebenaran mahkamah syariah untuk berkahwin. Segala urusan kebenaran berkahwin perlu dirujuk pada mahkamah syariah yang berdekatan dengan tempat tinggal.
Setiap bakal pasangan Islam yang ingin memohon untuk berkahwin wajib menjalani ujian saringan HIV di klinik kerajaan sahaja. Prosedur ini penting bagi memastikan penyakit berjangkit ini tidak tersebar kepada pasangan masing-masing serta anak yang bakal lahir. Jika anda memohon menerusi SPPIM, borang saringan HIV yang dikeluarkan adalah khusus kepada permohonan anda dan pasangan sahaja. Pastikan anda membawa borang yang betul semasa ujian bagi memastikan permohonan anda diproses dengan betul. Laporan ujian saringan HIV ini hanya sah selama 6 bulan. Sekiranya keputusan HIV adalah positif, anda akan dirujuk untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada Klinik Kesihatan dan pejabat agama negeri masing-masing.
Sekiranya anda tidak mempunyai sijil nikah rasmi yang dikeluarkan oleh pejabat agama Islam di Malaysia, anda perlu mendaftarkan perkahwinan tersebut bagi mengelakkan implikasi undang-undang. Pendaftaran sukarela Perkahwinan sebelum berkuatkuasa Undang-Undang Perkahwinan muallaf Individu yang memperolehi taraf warganegara Perkahwinan dalam negeri Perkahwinan yang mempunyai kebenaran atau tanpa kebenaran Perkahwinan luar negeri Perkahwinan yang mempunyai kebenaran atau tanpa kebenaran Mengiktiraf perkahwinan secara sah Pendaftaran nikah menjadikan perkahwinan diiktiraf secara rasmi oleh undang-undang syariah di Malaysia. Tanpa pendaftaran, pasangan dianggap bersekedudukan secara tidak sah, walaupun akad telah dijalankan. Memiliki dokumen rasmi pernikahan Memperolehi sijil nikah sebagai dokumen rasmi pernikahan boleh digunakan untuk tujuan seperti: Permohonan rumah Kemudahan zakat, hospital, pembahagian harta, anak angkat dan sebagainya Urusan pendaftaran persekolahan anak Melindungi hak suami, isteri dan anak Pendaftaran nikah memudahkan: Tuntutan nafkah Pembahagian harta sepencarian Penetapan wali sah bagi anak Pendaftaran kelahiran anak dengan status yang sah Mengelakkan tindakan undang-undang Bernikah tanpa mendaftar atau tanpa kebenaran adalah kesalahan di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri. Membolehkan urusan perceraian, poligami dan rujuk yang sah Hanya perkahwinan yang berdaftar boleh mengakses prosedur rasmi seperti: Cerai melalui Mahkamah Syariah Pendaftaran rujuk selepas cerai Permohonan poligami Perintah nafkah dan hadhanah (hak penjagaan anak) Anda boleh memohon pendaftaran nikah mengikut prosedur yang digariskan melalui pautan di bawah: Bagi pemohon dari negeri Sabah, permohonan pendaftaran perkahwinan boleh dibuat di pejabat agama daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.
Kad nikah ialah kad rasmi sebagai bukti sah perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri. Permohonan kad nikah boleh dilakukan setelah mendapat sijil nikah dengan bayaran yang ditetapkan. Kelebihan memiliki kad nikah Bukti sah perkahwinan yang lebih mudah dibawa berbanding sijil nikah fizikal. Memudahkan urusan pemeriksaan oleh pihak berkuasa. Berguna semasa memohon bantuan, pengesahan waris, dan sebagainya. Kad nikah bukan dokumen wajib, tetapi berguna untuk urusan tanpa memerlukan anda membawa dokumen sijil nikah.
Melangsungkan perkahwinan dengan bakal pasangan mempunyai beberapa langkah dan prosedur penting yang perlu anda ketahui. Secara asasnya, prosedur perkahwinan bagi pasangan Islam adalah seperti berikut: Kursus pra-perkahwinan Wajib dihadiri oleh bakal pengantin. Terdapat beberapa pengecualian mengikut status bakal pengantin serta keperluan jabatan agama Islam negeri masing-masing. Permohonan kebenaran berkahwin Dibuat secara dalam talian atau di pejabat agama. Setiap negeri mempunyai prosedur dan borang yang berbeza mengikut keperluan dan jenis permohonan kebenaran berkahwin. Surat kebenaran berkahwin: Dikeluarkan oleh pejabat agama selepas semua dokumen lengkap Sah laku 90 hari dari tarikh dikeluarkan Akad nikah Dijalankan oleh jurunikah bertauliah berdasarkan kebenaran berkahwin yang telah diperolehi. Pasangan hendaklah mendapatkan sijil nikah daripada juru nikah atau pejabat agama setelah selesai akad nikah.
