Setiap bakal pasangan Islam yang ingin memohon untuk berkahwin wajib menjalani ujian saringan HIV di klinik kerajaan sahaja. Prosedur ini penting bagi memastikan penyakit berjangkit ini tidak tersebar kepada pasangan masing-masing serta anak yang bakal lahir.
Jika anda memohon menerusi SPPIM, borang saringan HIV yang dikeluarkan adalah khusus kepada permohonan anda dan pasangan sahaja. Pastikan anda membawa borang yang betul semasa ujian bagi memastikan permohonan anda diproses dengan betul.
Buat temujanji menerusi aplikasi MySejahteraLaporan ujian saringan HIV ini hanya sah selama 6 bulan. Sekiranya keputusan HIV adalah positif, anda akan dirujuk untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada Klinik Kesihatan dan pejabat agama negeri masing-masing.
