Berdasarkan Akta Kerja 1955, pekerja wanita yang hamil di Malaysia dilindungi oleh undang-undang buruh yang menetapkan hak dan manfaat tertentu untuk memastikan kebajikan mereka dijaga sepanjang kehamilan sehingga selepas bersalin.
Berikut merupakan antara hak dan manfaat pekerja hamil:
Cuti Bersalin
Tempoh: Minimum 98 hari berturut-turut (berkuat kuasa Januari 2023).
Bayaran: Dibayar sepenuhnya jika:
- Telah bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam tempoh 9 bulan sebelum bersalin, dan
- Telah memaklumkan majikan tentang kehamilan dan tarikh jangkaan bersalin.
- Boleh dimulakan seawal daripada 30 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.
- Perlindungan daripada pemecatan semasa hamil
Majikan tidak boleh memberhentikan pekerja hamil atas sebab kehamilan.
Pemecatan hanya dibenarkan jika disebabkan salah laku serius, penutupan syarikat, atau pengurangan pekerja, dan bukti perlu disertakan.
Rujukan:
Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) – Jabatan Tenaga Kerja
