Berikut merupakan skim perlindungan utama di bawah PERKESO kepada pencarum dalam sektor formal:
Skim Bencana Pekerjaan
Meliputi kemalangan yang berlaku di tempat kerja atau semasa perjalanan ke/ dari tempat kerja.
Skim ini memberi pampasan untuk kehilangan upaya kekal, hilang pendapatan atau kematian.
Skim Keilatan
Faedah kepada pekerja yang mengalami kehilangan upaya untuk bekerja akibat sakit kritikal yang berkekalan.
Antara faedah Skim Keilatan meliputi Bantuan Ilat, Pencen Ilat dan Pencen Penakat.
