Perjalanan Persona

Memahami Hak dan Manfaat Pekerja
Sebagai individu yang baru melangkah ke alam pekerjaan, amat penting untuk anda memahami hak serta manfaat yang dilindungi di bawah undang-undang buruh di Malaysia. Ini termasuk aspek seperti kontrak kerja, gaji minimum, waktu kerja, keselamatan serta perlindungan sosial melalui PERKESO dan KWSP. Ikuti topik dan maklumat berkenaan hak dan manfaat pekerja menerusi perjalanan persona ini.

Peluang Peningkatan Kemahiran
Sebagai tenaga kerja muda, peningkatan kemahiran merupakan langkah penting untuk terus relevan dan berdaya saing dalam pasaran kerja yang sentiasa berubah. Pelbagai program latihan, kursus jangka pendek, pensijilan profesional serta inisiatif TVET disediakan oleh kerajaan dan sektor swasta untuk memperkukuh kompetensi pekerja muda. Ketahui lebih lanjut tentang peluang peningkatan kemahiran menerusi topik-topik khas di dalam perjalanan persona ini.

Pengurusan Kewangan bagi Individu Mula Bekerja
Bagi tenaga kerja muda, pengurusan kewangan amat penting sebagai asas kestabilan hidup dan masa depan. Ia merangkumi pengurusan gaji dan cukai pendapatan serta pengurusan hutang seperti pinjaman pendidikan dan pinjaman perumahan. Ketahui maklumat, panduan dan perkhidmatan digital berkaitan pengurusan kewangan bagi tenaga kerja muda di dalam perjalanan persona ini.
