Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022
Akta Kerja 1955 merupakan undang-undang utama yang mengawal selia hubungan antara majikan dan pekerja di Semenanjung Malaysia. Ia digunakan sebagai garis panduan utama dalam menetapkan kebajikan, hak dan tanggungjawab pekerja serta majikan.
Antara garis panduan yang ditetapkan:
Waktu Kerja: pekerja berhak kepada waktu bekerja biasa yang tidak melebihi 45 jam seminggu
Cuti Tahunan
- Kurang 2 tahun perkhidmatan: 8 hari
- 2 - 5 tahun perkhidmatan: 12 hari
- 5 tahun ke atas: 16 hari
Cuti Sakit
- Kurang 2 tahun perkhidmatan: 14 hari
- 2 - 5 tahun perkhidmatan: 16 hari
- 5 tahun ke atas: 22 hari
Cuti Hospitalisasi: 60 hari
Cuti Bersalin: 98 hari berturut-turut termasuk hari rehat dan cuti am.
Layak elaun cuti bersalin dengan syarat:
- Bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam 9 bulan sebelum bersalin
- Mempunyai kurang daripada 5 anak hidup
Cuti Paterniti: 7 hari berturut-turut termasuk hari rehat dan cuti am.
Maksimum 5 kelahiran tanpa mengira bilangan isteri.
Syarat: telah berkahwin secara sah dan memaklumkan kehamilan isteri kepada majikan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh bersalin atau secepat mungkin selepas kelahiran
Gaji Minimum
Memastikan semua pekerja menerima gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan
Perlindungan Pemberhentian
Memantau pengurusan pemberhentian pekerja dan memastikan hak dan kebajikan pekerja terjaga
