Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif kerajaan yang menawarkan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) dalam pelbagai kementerian, agensi kerajaan, serta GLC/ GLIC dan rakan strategik industri. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan kebolehpasaran dan mempercepat penempatan pekerjaan bagi rakyat Malaysia.
Ciri-ciri:
- Tempoh minimum: 1 bulan, maksimum sehingga 12 bulan
- Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan berbagai kelayakan seperti SPM, Diploma, STPM, atau Ijazah
- Kontrak dan gaji bergantung kepada tawaran, dengan minimum gaji RM1,700
