Perkhidmatan Pendamping Guaman merupakan satu inisiatif oleh Jabatan Bantuan Guaman (JBG) untuk menyediakan bantuan sokongan secara bukan guaman kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual.
Khidmat ini ditawarkan kepada mereka yang memenuhi semua syarat berikut:
- Kanak-kanak warganegara
- Merupakan mangsa kesalahan jenayah seksual
- Berumur bawah 18 tahun pada masa prosiding dimulakan
Peranan pendamping guaman
- Menasihati penjaga mengenai perkara undang-undang
- Mendapatkan maklumat berkaitan pertuduhan sesuatu prosiding
- Mendampingi mangsa atau bercakap bagi pihak mangsa ketika prosiding dengan kebenaran mahkamah
- Menasihati penjaga berkenaan tindakan sivil yang boleh dibawa atau dimulakan oleh pihak mangsa
