Bantuan Guaman
Perkhidmatan Pendamping Guaman merupakan satu inisiatif oleh Jabatan Bantuan Guaman (JBG) untuk menyediakan bantuan sokongan secara bukan guaman kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual. Khidmat ini ditawarkan kepada mereka yang memenuhi semua syarat berikut: Kanak-kanak warganegara Merupakan mangsa kesalahan jenayah seksual Berumur bawah 18 tahun pada masa prosiding dimulakan Peranan pendamping guaman Menasihati penjaga mengenai perkara undang-undang Mendapatkan maklumat berkaitan pertuduhan sesuatu prosiding Mendampingi mangsa atau bercakap bagi pihak mangsa ketika prosiding dengan kebenaran mahkamah Menasihati penjaga berkenaan tindakan sivil yang boleh dibawa atau dimulakan oleh pihak mangsa
Perkhidmatan guaman yang disediakan oleh Jabatan Bantuan Guaman (JBG) bertujuan untuk memberi akses kepada keadilan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Terdapat fi minimum dan sumbangan yang dikenakan untuk mendapatkan perkhidmatan guaman daripada JBG. Berikut merupakan maklumat tentang fi dan bantuan guaman: Pendaftaran Khidmat Bantuan Guaman Fi minimum: RM10 semasa pendaftaran permohonan yang diluluskan Perkhidmatan bantuan guaman yang disediakan: Nasihat guaman Bantuan guaman (sivil/ syariah/ jenayah) Pengantaraan Pendamping guaman Sumbangan Dikenakan kepada pemohon dengan sumber kewangan > RM50,000 setahun selepas mengisi ujian kemampuan kelayakan bantuan guaman Amaun sumbangan berdasarkan Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Fi dan Sumbangan) (Pindaan) 2023: Bantuan penuh: Sumber Kewangan tahunan RM50,000 ke bawah Bantuan separa: Sumber Kewangan tahunan RM50,001 - RM70,000 Bantuan separa dengan kelulusan YBM: Sumber Kewangan tahunan melebihi RM70,000
