MyUBAT ialah aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memudahkan anda mendapatkan perkhidmatan farmasi secara digital.
Aplikasi ini membolehkan pesakit mengurus bekalan ubat susulan tanpa perlu hadir secara fizikal ke kaunter farmasi.
Fungsi Utama MyUBAT:
- Pendaftaran
Pengguna boleh mendaftar akaun secara atas talian melalui aplikasi ini tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan
- Rekod preskripsi
Paparan rekod preskripsi dan pembekalan ubat daripada semua fasiliti kesihatan KKM yang telah berintegrasi dengan MyUBAT
- Pembekalan ubat susulan
Menyediakan empat jenis perkhidmatan nilai tambah farmasi untuk mendapatkan bekalan ubat susulan, termasuk:
- Kaunter Ubat : Pengguna boleh menetapkan tarikh tertentu untuk mengambil ubat di fasiliti kesihatan bagi mengurangkan masa menunggu
- Ubat Melalui Pos (UMP): Bekalan ubat dihantar terus ke lokasi pilihan pengguna melalui perkhidmatan pos dengan caj penghantaran ditanggung pesakit
- Lokar Ubat: Bekalan ubat susulan disimpan di dalam lokar khas dengan menggunakan kunci/pin pada tarikh janji temu yang telah ditetapkan
- Farmasi Pandu Lalu / Park & Take: Pengambilan bekalan ubat susulan di luar kaunter farmasi melalui kaedah pandu lalu atau di mana-mana lokasi yang ditetapkan oleh fasiliti selain daripada kaunter farmasi
Maklumat tambahan tentang MyUBAT:
Sistem MyUBAT hanya dilaksanakan di hospital/klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja.
Hospital berikut tidak termasuk dalam fasiliti KKM dan tidak disenaraikan dalam aplikasi MyUBAT:
- Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
- Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM)
- Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
- Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM)
- Hospital UiTM
- Hospital Angkatan Tentera (HAT)
- Institut Jantung Negara (IJN)
