Fasiliti dan Kemudahan Kesihatan
PeKa B40 (Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40) ialah satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diperkenalkan untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan rendah (B40) kepada penjagaan kesihatan, terutamanya dari aspek pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD). Kelayakan: Warganegara Malaysia Berumur 40 tahun dan ke atas Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau pasangan mereka Manfaat Skim PeKa B40 Manfaat 1: Saringan kesihatan percuma Saringan kesihatan percuma di klinik swasta berdaftar dengan PeKa B40 yang merangkumi: Pengambilan sejarah kesihatan termasuk faktor risiko kesihatan Saringan kesihatan mental Pemeriksaan fizikal Pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko Ujian darah dan ujian air kencing Manfaat 2: Bantuan alat perubatan sehingga RM20,000 Manfaat ini melibatkan bantuan alat perubatan yang tidak diberikan subsidi oleh hospital KKM. Antara alat bantuan perubatan termasuk: Stent untuk jantung Alat sendi tiruan Alat bantuan pendengaran Perentak jantung Prostesis dan implan untuk tulang belakang Prostesis dan ortosis tulang anggota Kanta mata intraokular Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator Bantuan sokongan nutrisi Kerusi roda Saringan kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu untuk mendapatkan manfaat ini. Manfaat 3: Insentif melengkapkan rawatan kanser sebanyak RM1,000 Insentif ini diberikan kepada pesakit kanser dari kalangan B40 dan dipecahkan kepada dua kali pembayaran: RM300 dibayar setelah penerima memulakan rawatan kanser RM700 dibayar setelah melengkapkan rawatan kanser Pesakit perlu melengkapkan saringan kesihatan (Manfaat 1) terlebih dahulu dan kelayakan Manfaat 3 ini perlu disahkan doktor atau pakar perubatan KKM. Manfaat 4: Insentif tambang pengangkutan Penerima Manfaat 2 (bantuan alat perubatan) atau/ dan Manfaat 3 (insentif melengkapkan rawatan kanser) sahaja akan mendapat manfaat tambang pengangkutan ini. Had maksimum bantuan yang boleh diterima: RM500 untuk Semenanjung Malaysia RM1,000 untuk Sabah/ Sarawak/ Labuan Jumlah insentif tamban tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.
Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 mendapatkan rawatan sakit-sakit ringan. 10 daerah dengan klinik panel berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI: W.P Kuala Lumpur Gombak, Selangor Hulu Langat, Selangor Petaling, Selangor Klang, Selangor Johor Bahru, Johor Kinta, Perak Timur Laut, Pulau Pinang Kota Kinabalu, Sabah Kuching, Sarawak Kelayakan Skim Perubatan MADANI Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang Kelayakan adalah secara automatik Mereka yang layak wajib mengisytiharkan bahawa mereka tidak menerima mana-mana manfaat yang sama dengan skim ini daripada agensi kerajaan lain Rawatan sakit ringan yang diberikan: Demam dan selsema Cirit birit dan muntah Terseliuh Sakit kepala Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain Jumlah manfaat yang diterima: Isi rumah berkeluarga: RM250 Warga emas tanpa pasangan: RM125 Bujang: RM75
Selain daripada fasiliti kesihatan awam yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan, anda juga boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan daripada fasiliti kesihatan swasta yang telah berdaftar/berlesen dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara senarai fasiliti kesihatan swasta yang terdapat di Malaysia: Hospital swasta Klinik perubatan swasta Klinik pergigian swasta Pusat bersalin swasta Pusat hemodialisis swasta Pusat jagaan ambulatori swasta Rumah jagaan kejururawatan swasta Rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta Bank darah swasta Hospis swasta Pusat kesihatan mental masyarakat swasta
Aplikasi MySejahtera merupakan aplikasi pengurusan vaksinasi semasa pandemik COVID-19. Ia kini telah berkembang menjadi sebuah aplikasi kesihatan yang menyeluruh untuk rakyat Malaysia menguruskan rekod kesihatan sepanjang hayat. Perkhidmatan utama MySejahtera: Vaksinasi dan Imunisasi Semak dan akses sijil vaksinasi anak-anak dalam Program Imunisasi Kebangsaan Semak dan akses sijil vaksinasi bagi orang dewasa Rekod Kesihatan Akses kepada rekod kesihatan yang dijalankan untuk: Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) Program Saringan Jemaah Haji Saringan Komuniti KOSPEN Saringan KOSPEN WOW Konsultasi am Rawatan Pemantauan Video (VOTS) Rawatan Pengawasan Langsung (DOTS) Konsultasi maya Semak ringkasan rekod kesihatan pergigian melalui inisiatif 1 Individu 1 Rekod Pergigian Rekod dan pantau paras gula dalam darah Semak rekod pendermaan darah Urus ikrar derma organ Penilaian Kesihatan Melakukan penilaian risiko HIV secara peribadi melalui KKM Testnow Melakukan Penilaian Kendiri Kesihatan Mental Kesihatan Awam Semak penyakit berjangkit yang dilaporkan di sekitar anda Akses maklumat berkenaan fasiliti kesihatan berhampiran Tempahan janji temu untuk perkhidmatan kesihatan terpilih dari klinik kesihatan dan pergigian kerajaan COVID-19 Semak dan muat turun sijil vaksinasi COVID-19 Lapor keputusan ujian kendiri COVID-19 Urus janji temu untuk suntikan vaksinasi COVID-19 Pemantauan Long COVID Ciri lain: Semak kelayakan Skim Perubatan MADANI. Sertai pemantauan dan intervensi diabetes Isi borang pra-pelepasan untuk pengembara ke luar negara
MyUBAT ialah aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memudahkan anda mendapatkan perkhidmatan farmasi secara digital. Aplikasi ini membolehkan pesakit mengurus bekalan ubat susulan tanpa perlu hadir secara fizikal ke kaunter farmasi. Fungsi Utama MyUBAT: Pendaftaran Pengguna boleh mendaftar akaun secara atas talian melalui aplikasi ini tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan Rekod preskripsi Paparan rekod preskripsi dan pembekalan ubat daripada semua fasiliti kesihatan KKM yang telah berintegrasi dengan MyUBAT Pembekalan ubat susulan Menyediakan empat jenis perkhidmatan nilai tambah farmasi untuk mendapatkan bekalan ubat susulan, termasuk: Kaunter Ubat : Pengguna boleh menetapkan tarikh tertentu untuk mengambil ubat di fasiliti kesihatan bagi mengurangkan masa menunggu Ubat Melalui Pos (UMP): Bekalan ubat dihantar terus ke lokasi pilihan pengguna melalui perkhidmatan pos dengan caj penghantaran ditanggung pesakit Lokar Ubat : Bekalan ubat susulan disimpan di dalam lokar khas dengan menggunakan kunci/pin pada tarikh janji temu yang telah ditetapkan Farmasi Pandu Lalu / Park & Take : Pengambilan bekalan ubat susulan di luar kaunter farmasi melalui kaedah pandu lalu atau di mana-mana lokasi yang ditetapkan oleh fasiliti selain daripada kaunter farmasi Maklumat tambahan tentang MyUBAT: Sistem MyUBAT hanya dilaksanakan di hospital/klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja. Hospital berikut tidak termasuk dalam fasiliti KKM dan tidak disenaraikan dalam aplikasi MyUBAT: Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) Hospital UiTM Hospital Angkatan Tentera (HAT) Institut Jantung Negara (IJN)
Fasiliti kesihatan di Malaysia berperanan penting dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan asas dan rawatan menyeluruh kepada masyarakat termasuk rawatan pesakit luar, ibu dan anak, kesihatan mental, pergigian dan lain-lain. Antara fasiliti kesihatan yang disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia: Hospital Klinik Kesihatan Klinik Komuniti Klinik Pergigian
