Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Program Kesihatan Pergigian berusaha memberikan pendidikan, rawatan dan perkhidmatan pencegahan kepada semua lapisan masyarakat, bermula daripada bayi, kanak-kanak, remaja hingga ke warga emas.
Perkhidmatan pergigian di fasiliti kesihatan kerajaan
- Pemeriksaan gigi dan rawatan tampalan
- Cabutan dan pembersihan karang gigi
- Pendidikan kesihatan pergigian di sekolah dan komuniti
- Rawatan kecemasan pergigian
- Saringan awal penyakit mulut dan kanser mulut
