Kesihatan Gigi
Kesihatan pergigian yang optimum merujuk kepada keadaan mulut, gigi, dan gusi yang sihat secara menyeluruh, di mana ia bebas daripada penyakit atau masalah yang boleh menjejaskan fungsi, keselesaan, dan kualiti hidup individu dan keluarga. Bebas daripada penyakit mulut: Tiada gigi berlubang (karies gigi) Tiada penyakit gusi (gingivitis, periodontitis) Tiada jangkitan atau ulser mulut Gigi dan gusi berfungsi dengan baik: Dapat mengunyah makanan dengan sempurna Tiada kesakitan semasa makan atau bercakap Dapat menyebut perkataan dengan betul Gigi tersusun dengan baik tanpa gangguan fungsi gigitan Paras rupa yang menarik
Bagi memastikan kesihatan gigi dalam keadaan optimum, amalan penjagaan kesihatan mulut yang sihat dan pencegahan penyakit berkaitan pergigian amat penting. Secara umumnya, ibubapa perlu memastikan diri sendiri dan keluarga: Memberus gigi selama 2 minit sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan teknik yang betul Menggunakan ubat gigi berfluorida Mengawal pengambilan makanan bergula dan galakan minum air kosong Membuat pemeriksaan pergigian dengan pengamal pergigian berdaftar (klinik kerajaan atau swasta) sekurang-kurangnya setahun sekali Penggunaan ubat kumur dan flos adalah atas nasihat pengamal pergigian berdaftar Pemeriksaan pergigian secara tahunan untuk diri dan keluarga amat penting bagi mengenal pasti masalah atau penyakit pergigian supaya boleh dicegah dan dirawat di peringkat awal.
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Program Kesihatan Pergigian berusaha memberikan pendidikan, rawatan dan perkhidmatan pencegahan kepada semua lapisan masyarakat, bermula daripada bayi, kanak-kanak, remaja hingga ke warga emas. Perkhidmatan pergigian di fasiliti kesihatan kerajaan Pemeriksaan gigi dan rawatan tampalan Cabutan dan pembersihan karang gigi Pendidikan kesihatan pergigian di sekolah dan komuniti Rawatan kecemasan pergigian Saringan awal penyakit mulut dan kanser mulut
Perkhidmatan kesihatan pergigian sekolah adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh KKM kepada semua murid (darjah 1 sehingga tingkatan 5) di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan setiap tahun. Perkhidmatan kesihatan pergigian meliputi: Pendidikan kesihatan pergigian Pemeriksaan rawatan pencegahan klinikal rawatan asas pergigian (penskeleran, tampalan dan cabutan) Penekanan kepada teknik memberus gigi yang betul turut diterapkan menerusi program perkhidmatan ini.
