Jika anda mengesyaki anda hamil dengan tanda-tanda seperti berikut:
- Lewat atau tidak datang haid
- Loya atau muntah
- Lesu
- Pening kepala
- Perubahan emosi
Anda boleh mengesahkan kehamilan dengan membuat sendiri ujian kehamilan (alat ujian kehamilan boleh didapati di farmasi) atau hadir terus ke klinik kesihatan.
Sekiranya anda disahkan hamil, anda disarankan untuk mendaftar kehamilan seawal mungkin di klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran. Pendaftaran awal membolehkan pemantauan berkala terhadap kesihatan ibu dan perkembangan kandungan secara menyeluruh.
Langkah-langkah mendaftar kehamilan:
- Pilih klinik kesihatan terdekat
Anda boleh pergi ke mana-mana klinik kesihatan yang terdekat.
Lihat lokasi klinik kesihatan kerajaan- Pemeriksaan awal
Antara pemeriksaan awal yang dibuat termasuk:
