Apakah mamogram?
Mamogram ialah sejenis ujian pengimejan sinar-X ke atas payudara yang digunakan untuk mengesan tanda-tanda awal kanser payudara. Ia adalah kaedah saringan paling berkesan dan terbukti secara klinikal untuk mengesan kanser payudara pada peringkat awal iaitu sebelum gejala timbul.
Program Subsidi Ujian Mamogram dilaksanakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Ujian mamogram (saringan kanser payudara)
- Disasarkan kepada wanita berumur 40 hingga 70 tahun.
- Keutamaan diberikan kepada wanita yang berisiko tinggi.
- Diberikan secara subsidi atau percuma, bergantung kepada pendapatan isi rumah (kurang daripada RM10,000 sebulan).
- Dilakukan di pusat panel mamogram berdaftar dengan LPPKN.
Pemohon boleh menghubungi atau menghadirkan diri ke Klinik Nur Sejahtera yang berdekatan atau daftar di portal eMamogram.
Portal eMamogramMaklumat lanjut program subsidi MamogramSoalan lazim subsidi MamogramSemak lokasi Klinik Nur Sejahtera LPPKN berdekatan