Portal MyTax merupakan platform digital rasmi yang dibangunkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk memudahkan urusan cukai rakyat Malaysia.
Portal ini menghimpunkan pelbagai perkhidmatan cukai secara dalam talian di bawah satu portal tunggal bagi meningkatkan akses, ketelusan, serta kecekapan sistem percukaian negara.
Antara fungsi utama:
- e-Filing
Mengisi dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara dalam talian
- e-Daftar
Mendaftar nombor cukai bagi pembayar cukai baharu
- e-Bayaran
Membuat pembayaran cukai pendapatan, cukai maklumat, cukai keuntungan hartanah dan sebagainya
- e-PCB Plus
Semakan dan pengurusan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
- Maklumat Cukai
Semakan baki cukai, resit pembayaran, status bayaran balik, serta rekod cukai terdahulu.
- Profil Cukai Digital
Paparan maklumat peribadi, status pemfailan dan urusan semakan cukai
Lawat Portal MyTax