Lesen Memandu
Di Malaysia, memiliki lesen memandu merupakan kewajipan bagi individu yang ingin memandu kenderaan di jalan raya. Lesen Memandu Malaysia (LMM) merupakan dokumen rasmi yang membolehkan seseorang individu memandu kenderaan bermotor di jalan raya secara sah mengikut undang-undang. Jenis Lesen Memandu: Lesen sementara bagi calon belajar memandu Tempoh LDL: 3 atau 6 bulan sehingga maksimum 2 tahun Pemegang LDL hanya dibenarkan memandu dibawah pengawasan pengajar Institut Memandu atau Penguji JPJ Rujukan: Permohonan Lesen Memandu Percubaan PDL Dikeluarkan selepas lulus ujian amali bahagian 2 & 3 oleh JPJ dan keputusan ujian telah dikemaskini serta masih berkuatkuasa dalam tempoh satu tahun Tempoh sah Lesen PDL: 2 tahun Rujukan: Tambah Kelas Lesen Memandu Percubaan PDL Lesen memandu kompeten yang dikeluarkan selepas tamat tempoh lesen percubaan (PDL) sekiranya tiada kesalahan saman yang melibatkan KEJARA (mata demerit). Tempoh pembaharuan bagi warganegara: minimum satu tahun sehingga maksimum 10 tahun sekiranya tiada senarai hitam Tempoh pembaharuan bagi bukan warganegara: minimum satu tahun sehingga maksimum 5 tahun sekiranya tiada senarai hitam Rujukan: Tambah Kelas Lesen Memandu Kompeten CDL Permohonan Lesen Memandu Kompeten CDL Konduktor Warganegara Malaysia sahaja Berumur 18 tahun dan ke atas Lesen Konduktor adalah lesen yang diperlukan oleh individu yang bertugas sebagai konduktor dalam kenderaan perkhidmatan awam seperti bas (Sabah & Sarawak sahaja) PSV Warganegara Malaysia sahaja Berumur 21 tahun dan ke atas Lesen untuk memandu kenderaan pengangkutan awam seperti teksi, bas, e-hailing, bas mini/ van GDL Warganegara Malaysia sahaja Berumur 21 tahun dan ke atas Lesen untuk memandu kenderaan barangan seperti motokar berat (lori), motokar dan motosikal
Lesen Memandu Malaysia (LMM) dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan terbahagi kepada beberapa kelas mengikut jenis kenderaan. Lesen Memandu Malaysia (LMM) Syarat Kelayakan: Berumur 16 tahun dan ke atas Memiliki Kad OKU yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM Menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pengamal perubatan yang bertauliah Perlu mendapat pengesahan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ bagi pengubahsuaian kenderaan OKU Syarat Kelayakan: Berumur 17 tahun dan ke atas Memiliki Kad OKU yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM Menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pengamal perubatan yang bertauliah Perlu mendapat pengesahan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ bagi pengubahsuaian kenderaan OKU Syarat Kelayakan: Berumur 16 tahun dan ke atas Sihat fizikal dan mental Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ Syarat Kelayakan: Berumur 16 tahun dan ke atas Sihat fizikal dan mental Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ Syarat Kelayakan: ● Berumur 17 tahun dan ke atas ● Sihat fizikal dan mental ● Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM ● Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ Syarat Kelayakan: ● Berumur 21 tahun dan ke atas ● Memegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) kelas D minimum 1 tahun ● Sihat fizikal dan mental ● Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM ● Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ Lesen Vokasional Tujuan: Untuk memandu kenderaan perkhidmatan awam seperti teksi, kereta sewa, e-hailing, bas dan van sekolah. Syarat Kelayakan: Berumur 21 tahun dan ke atas Memegang Lesen kompeten (CDL) kelas D/DA yang sah dan berkuatkuasa (teksi) Memegang Lesen kompeten (CDL) kelas D yang sah dan berkuatkuasa melebihi 1 tahun. (Bas) Menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pengamal perubatan yang bertauliah Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ Tujuan: Untuk memandu kenderaan barangan seperti motokar berat (lori), motokar dan motosikal (GDL) Syarat Kelayakan: Berumur 21 tahun dan ke atas Memegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) dalam kelas yang berkaitan (B2/ B/ C/ D / E / E1 / E2) yang sah dan berkuatkuasa melebihi 1 tahun. Menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pengamal perubatan yang bertauliah Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ
Berikut ialah proses umum untuk mendapatkan lesen motosikal atau motokar (Kelas B2/ B atau D/ DA): 1. Daftar dengan Institut Memandu Bertauliah Pilih institut memandu berdaftar dengan JPJ. Menjalani kursus teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) 2. Menjalani dan lulus ujian undang-undang jalan raya Bahagian 1 3. Terima lesen belajar memandu (LDL) Dikeluarkan selepas lulus ujian teori Bahagian 1 Sah untuk menjalani latihan praktikal memandu. 4. Menjalani latihan praktikal memandu di litar dan jalan raya Latihan litar (6 jam) dan jalan raya (10 jam) mengikut Kurikulum JPJ Wajib menyelesaikan minimum jam latihan yang ditetapkan. 5. Menjalani ujian memandu Ujian memandu dilaksanakan oleh penguji daripada JPJ. Terbahagi kepada 2 bahagian: Ujian litar Ujian jalan raya 6. Terima lesen memandu percubaan (PDL) Dikeluarkan selepas lulus Ujian Amali Bahagian 2 & 3 Tempoh sah PDL 2 tahun Dibatalkan sekiranya mata demerit KEJARA melebihi 20 mata Rujukan: Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya Kejara 7. Terima Lesen Memandu Kompeten (CDL) Selepas memegang lesen PDL selama tempoh matang 2 tahun, pemegang perlu menukar lesen PDL kepada lesen CDL dalam tempoh 1 tahun Lesen memandu akan dibatalkan sekiranya ianya digantung menerusi sistem demerit sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 tahun
Setiap jenis lesen memandu perlu diperbaharui mengikut tempoh sah. Jenis lesen yang boleh diperbaharui serta tempoh sah laku: LDL (Lesen Belajar Memandu): 3 atau 6 bulan (maksimum 2 tahun) Rujukan: Pembaharuan Lesen Belajar Memandu LDL CDL (Lesen Memandu Kompeten): 1 - 5 tahun Rujukan: Pembaharuan Lesen Memandu Kompeten CDL PSV / GDL/ Konduktor (Lesen Vokasional): 1 tahun Rujukan: Permohonan Lesen Vokasional GDL, PSV dan Konduktor Lesen yang telah tamat tempoh melebihi 3 tahun adalah tidak sah, tidak berkuatkuasa dan tidak boleh diperbaharui (selain LDL). Pemegang lesen perlu mengulang semula keseluruhan proses bagi memohon lesen memandu dari awal. Lesen PDL tidak boleh diperbaharui selepas memegang lesen tersebut selama tempoh matang 2 tahun. Pemegang perlu menukar kepada lesen CDL dalam tempoh 1 tahun. Cara membaharui lesen: 1. Secara fizikal (kaunter) JPJ Negeri/ Cawangan/ Pusat Transformasi Bandar (UTC)/ Kaunter JPJ Mobile Pejabat Pos Malaysia Kios 2. Secara dalam Talian Portal MySIKAP Aplikasi mudah alih MyJPJ Portal MyEG Lesen Digital: Selepas permohonan/pembaharuan LDL/PDL/CDL, anda boleh menggunakan versi lesen digital melalui aplikasi MyJPJ.
Sistem KEJARA atau nama penuhnya Sistem Kesalahan Jalan Raya diwujudkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendidik dan mendisiplinkan pemandu yang melakukan kesalahan jalan raya melalui sistem mata demerit. Bagaimana Sistem KEJARA Berfungsi? Setiap kesalahan lalu lintas yang dilakukan akan dikenakan mata demerit tertentu. Jika jumlah mata melebihi had, tindakan seperti penggantungan atau pembatalan lesen memandu boleh dikenakan. Contoh Kesalahan & Mata Demerit KEJARA: Memandu melebihi had laju: 6 - 8 mata Langgar lampu isyarat merah - 10 mata Tidak memakai tali pinggang keledar - 3 mata Guna telefon semasa memandu - 10 mata Jumlah Mata Demerit & Tindakan 20 mata - Lesen digantung 6 bulan 40 mata - Lesen digantung 12 bulan 60 mata - Lesen dibatalkan Jika lesen digantung 3 kali berturut-turut dalam tempoh 5 tahun, lesen akan dibatalkan dan anda perlu mengambil semula lesen dari peringkat awal. Mata KEJARA akan dihapuskan sebanyak separuh secara automatik selepas 1 tahun jika tiada kesalahan baharu dilakukan . Semakan Mata KEJARA: Pemandu boleh menyemak jumlah mata KEJARA yang terkumpul melalui: MySIKAP JPJ Kaunter JPJ berdekatan
