Berikut merupakan prosedur pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia:
Pendaftaran Baru:
- Syarat kelayakan
Warganegara Malaysia
Disahkan oleh pakar perubatan kerajaan mengalami ketidakupayaan kekal dari segi fizikal, mental, pembelajaran, pendengaran, pertuturan, penglihatan atau pelbagai.
Dokumen diperlukan
- Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU) (Pindaan 2/2019)
- Laporan pengesahan yang disahkan oleh pakar perubatan hospital/klinik kerajaan atau swasta
- Salinan MyKad (dewasa) atau sijil lahir (bagi pemohon bawah 12 tahun)
- Cara memohon
Terdapat dua cara untuk mendaftar:
- Secara manual
Serahan dokumen BPPOKU (Pindaan 2/2019) di kaunter JKM untuk proses pendaftaran
- Secara dalam talian melalui MyDaftar OKU
Layari portal MyDaftarOKU
MyDaftarOKU- Kad OKU
Pemohon akan menerima Kad OKU yang menunjukkan kategori ketidakupayaan.
Kad ini boleh digunakan untuk mendapatkan kemudahan dan keistimewaan khusus kepada OKU.
Maklumat lanjut Pendaftaran OKU