Mohon Kad OKU
Di Malaysia, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) didefinisikan di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) sebagai individu yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria di mana kekurangan tersebut boleh menghalang daripada penyertaan penuh dan efektif dalam masyarakat secara setara dengan orang lain.
Berikut merupakan kategori dan jenis OKU yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM): Kategori OKU di Malaysia Kurang Upaya Fizikal Kehilangan atau kecacatan anggota badan Kelemahan otot atau sendi Tidak boleh berjalan atau memerlukan bantuan alat sokongan (kerusi roda, tongkat dan sebagainya) Contoh: amputasi, cerebral palsy (CP) Kurang Upaya Pembelajaran Gangguan dalam keupayaan belajar yang melibatkan kognitif, akademik atau fungsi adaptif Biasanya dikenalpasti pada usia kanak-kanak Contoh: Disleksia Autisme (ASD) Down Syndrome Global Developmental Delay (GDD) Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) Kurang Upaya Pendengaran Kehilangan keupayaan untuk mendengar sama ada secara separa atau keseluruhan Perlu alat bantu pendengaran atau komunikasi alternatif seperti bahasa isyarat Kurang Upaya Penglihatan Buta atau penglihatan terhad walaupun selepas rawatan Contoh: buta sepenuhnya, rabun teruk (low vision), retinitis pigmentosa Kurang Upaya Pertuturan Masalah dalam penghasilan bunyi, artikulasi atau kefasihan pertuturan Boleh berlaku akibat kerosakan neurologi atau struktur otot mulut Contoh: gagap teruk, masalah sebutan, tiada pertuturan langsung Kurang Upaya Mental Gangguan mental yang menjejaskan pemikiran, emosi dan tingkah laku Perlu disahkan oleh pakar psikiatri kerajaan Contoh: skizofrenia, bipolar, kemurungan teruk Kurang Upaya Pelbagai Individu yang mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dalam masa yang sama Contoh: OKU penglihatan dan fizikal, OKU pembelajaran dan pertuturan
Berikut merupakan prosedur pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia: Pendaftaran Baru: Syarat kelayakan Warganegara Malaysia Disahkan oleh pakar perubatan kerajaan mengalami ketidakupayaan kekal dari segi fizikal, mental, pembelajaran, pendengaran, pertuturan, penglihatan atau pelbagai. Dokumen diperlukan Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU) (Pindaan 2/2019) Laporan pengesahan yang disahkan oleh pakar perubatan hospital/klinik kerajaan atau swasta Salinan MyKad (dewasa) atau sijil lahir (bagi pemohon bawah 12 tahun) Cara memohon Terdapat dua cara untuk mendaftar: Secara manual Serahan dokumen BPPOKU (Pindaan 2/2019) di kaunter JKM untuk proses pendaftaran Secara dalam talian melalui MyDaftar OKU Layari portal MyDaftarOKU Kad OKU Pemohon akan menerima Kad OKU yang menunjukkan kategori ketidakupayaan. Kad ini boleh digunakan untuk mendapatkan kemudahan dan keistimewaan khusus kepada OKU.
