Selain daripada pencen terbitan, terdapat beberapa lagi faedah terbitan yang akan dibayar kepada waris yang layak sekiranya pesara/ pegawai perkhidmatan awam meninggal dunia.
Berikut merupakan antara faedah terbitan:
- Ganjaran terbitan
Faedah yang dibayar sekaligus kepada waris bagi pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan
- Gantian Cuti Rehat (GCR)
Bayaran tunai bagi baki cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan demi kepentingan perkhidmatan
- Ex-Gratia terbitan
Apabila berlaku kematian semasa dalam perkhidmatan bagi pegawai perkhidmatan awam yang bujang, ibu atau bapa akan menerima bayaran Ex-Gratia (pampasan)
Bayaran Ex-Gratia- Ex-Gratia kematian
Bayaran pampasan mengikut tempoh perkhidmatan bagi pegawai perkhidmatan awam yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan.
- Pencen tanggungan
Pemberian tambahan kepada pencen terbitan bagi pegawai yang meninggal dunia kepada waris tertakluk kepada syarat-syarat tertentu
- Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ)
Bantuan sebanyak RM3000 dan perlu dimohon dalam tempoh 12 bulan selepas kematian pesara/ penjawat awam
Baca lanjut tentang BMJBaca lanjut faedah terbitan penjawat awam