Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
JHEV VIBES ialah sistem semakan dalam talian yang membolehkan veteran ATM dan waris menyemak kelayakan bantuan, status permohonan, serta kemudahan kebajikan yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menyemak status permohonan berkaitan permohonan pembahagian pusaka melalui portal MyLAND.
Aplikasi MyLAND membolehkan waris dan pihak yang berkepentingan membuat permohonan pembahagian pusaka kecil, menyemak status permohonan dan perbicaraan secara dalam talian serta membuat pembayaran Perintah Pusaka melalui ePayment Sistem MyLAND tanpa perlu hadir ke pejabat. Perkhidmatan secara dalam talian ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan orang ramai dalam menguruskan harta pusaka si mati.
Perkhidmatan ini membolehkan pesara kerajaan memohon dan mencetak surat pengesahan tanggungan pencen secara atas talian. Surat ini digunakan bagi tujuan rasmi seperti permohonan rumah, pinjaman, atau pengesahan pendapatan.
Sistem ini membolehkan pesara kerajaan menyemak status kelulusan tuntutan bayaran balik perubatan yang dikemukakan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA. Ia memudahkan pemantauan tuntutan secara atas talian.
Perkhidmatan ini membolehkan pesara atau penerima pencen menyemak status kelulusan permohonan wakil diri secara atas talian bagi tujuan pengurusan bayaran pencen oleh wakil yang dilantik.
Perkhidmatan ini membolehkan waris pesara atau penerima pencen terbitan menyemak status perlantikan Wakil Skim A secara atas talian bagi tujuan pengurusan pencen bulanan.
Perkhidmatan ini membolehkan pesara kerajaan atau waris menerima makluman rasmi berkaitan pembayaran faedah persaraan seperti pencen, ganjaran dan elaun. Ia memberikan pengesahan bahawa pembayaran telah atau akan dibuat.
Perancangan sebelum bersara amat penting bagi memastikan kehidupan pekerja selepas tamat perkhidmatan lebih terjamin dan selesa. Ia merangkumi pengurusan kewangan, persediaan gaya hidup serta hala tuju aktiviti yang ingin dilakukan selepas bersara. Ikuti topik dan panduan khusus berkaitan perancangan persaraan di dalam perjalanan persona ini.
Bagi penjawat awam, persaraan merupakan satu fasa penting yang menandakan berakhirnya perkhidmatan kepada negara dan bermulanya kehidupan baharu. Pengurusan persaraan perlu dilakukan dengan teratur meliputi urusan pencen, ganjaran, manfaat kesihatan serta kebajikan yang disediakan kerajaan. Kenal pasti topik dan panduan berkaitan pengurusan persaraan sebagai penjawat awam di dalam perjalan persona ini.
Bagi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), persaraan bukan sahaja menandakan tamatnya khidmat bakti kepada negara, tetapi juga permulaan fasa kehidupan baharu. Pengurusan persaraan merangkumi tuntutan pencen atau ganjaran, kemudahan kebajikan, kesihatan, serta peluang kerjaya kedua yang disediakan oleh kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan agensi berkaitan.
Sebagai pesara perkhidmatan awam dan veteran ATM, kemudahan kesihatan yang disediakan kerajaan merupakan salah satu faedah yang boleh dinikmati pasca persaraan. Akses ini meliputi rawatan percuma atau bersubsidi di hospital serta klinik kerajaan, kemudahan ubat-ubatan, rawatan pakar serta skim perlindungan kesihatan khas. Kenal pasti kemudahan kesihatan untuk pesara yang telah berkhidmat untuk negara menerusi topik-topik di dalam perjalanan persona ini.
Bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), persaraan memerlukan perancangan rapi agar simpanan yang dikumpul sepanjang tempoh bekerja dapat digunakan dengan bijak. Pengurusan ini merangkumi pengeluaran simpanan, pelaburan semula serta perancangan kewangan jangka panjang. Ikuti topik-topik berkaitan persaraan pencarum KWSP menerusi perjalanan persona ini.
Kerajaan menyediakan pelbagai bantuan dan faedah selepas kematian pesara bagi memastikan kebajikan waris terus terpelihara. Sokongan ini merangkumi pembayaran pencen terbitan, ganjaran kematian serta bantuan kebajikan lain yang disalurkan melalui agensi kerajaan berkaitan. Kenal pasti bantuan dan faedah berkaitan kematian pesara di dalam perjalanan persona ini.