Pemilihan bidang pengajian di peringkat pengajian tinggi merupakan langkah penting dalam menentukan hala tuju kerjaya dan masa depan anda.
Antara faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih bidang pengajian:
- Minat dan kecenderungan: Bantu anda kekal bermotivasi sepanjang tempoh pengajian
- Kelayakan akademik: Pilihan program perlu menepati kelayakan akademik anda
- Peluang kerjaya: Nilai prospek pekerjaan dalam bidang tersebut
- Kebolehan dan kemahiran: Pastikan sesuai dengan kekuatan dan kebolehan diri
Maklumat program: Fahami struktur kursus, tempoh pengajian serta syarat khas setiap program - Sokongan dasar negara: Kenal pasti bidang kritikal seperti STEM, pendidikan, perubatan dan TVET selaras dengan agenda pembangunan negara
Selain bidang pengajian, portal e-Panduan UPUOnline juga membantu anda menyemak senarai berikut:
- Senarai IPTA
- Senarai bidang dan program
- Syarat kemasukan
- Lokasi kampus
- Prospek kerjaya
