Pendidikan Tinggi
Terdapat pelbagai pilihan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) berdasarkan bidang dan syarat kelayakan untuk anda menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Kategori IPTA: ILKA merangkumi: Politeknik Kolej Komuniti Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di bawah pelbagai kementerian seperti MARA
Pemilihan bidang pengajian di peringkat pengajian tinggi merupakan langkah penting dalam menentukan hala tuju kerjaya dan masa depan anda. Antara faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih bidang pengajian: Minat dan kecenderungan : Bantu anda kekal bermotivasi sepanjang tempoh pengajian Kelayakan akademik: Pilihan program perlu menepati kelayakan akademik anda Peluang kerjaya : Nilai prospek pekerjaan dalam bidang tersebut Kebolehan dan kemahiran : Pastikan sesuai dengan kekuatan dan kebolehan diri Maklumat program : Fahami struktur kursus, tempoh pengajian serta syarat khas setiap program Sokongan dasar negara : Kenal pasti bidang kritikal seperti STEM, pendidikan, perubatan dan TVET selaras dengan agenda pembangunan negara Selain bidang pengajian, portal e-Panduan UPUOnline juga membantu anda menyemak senarai berikut: Senarai IPTA Senarai bidang dan program Syarat kemasukan Lokasi kampus Prospek kerjaya
Malaysian University English Test (MUET) ialah ujian bahasa Inggeris yang dibangunkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Keputusan MUET diwajibkan untuk memasuki Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam bagi memenuhi syarat tertakluk kepada senat Universiti Awam. MUET terdiri kepada empat modul iaitu: Kertas 1 (Listening) Kertas 2 (Speaking) Kertas 3 (Reading) Kertas 4 (Writing) Tahap Penguasaan (Band MUET): Band 1 : Sangat lemah Band 2 : Lemah Band 3 : Sederhana Band 4 : Baik Band 5 : Sangat baik Band 6 : Cemerlang
Selain daripada Laluan Perdana dan Laluan Kedua, terdapat juga Laluan Alternatif iaitu permohonan terus ke universiti. Laluan ini diwujudkan bagi memberi peluang lebih fleksibel kepada pelajar daripada pelbagai latar belakang akademik, sosioekonomi dan keperluan khas. Permohonan: terus ke universiti Yuran pengajian: ditanggung sepenuhnya oleh calon Mohon terus ke universiti:
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terdiri daripada universiti, kolej universiti, kolej swasta dan kampus cawangan universiti luar negara yang ditubuhkan di Malaysia dengan kelulusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Berbeza dengan IPTA, proses kemasukan ke IPTS tidak melalui UPUOnline, tetapi diuruskan secara langsung oleh institusi masing-masing. Anda digalakkan untuk membuat semakan program pengajian yang dipohon mempunyai akreditasi penuh atau akreditasi sementara daripada MQA.
Sekiranya anda berminat untuk meneruskan kerjaya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru), anda boleh memohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam bidang-bidang yang berkaitan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pengenalan kepada PISMP Program pra-ijazah dan ijazah selama 5 tahun: 1 tahun (3 semester) Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) 4 tahun (12 semester) Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pelajar yang lulus PPISMP akan diserap masuk secara automatik ke program PISMP Setelah tamat, pelajar akan dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Syarat kemasukan umum Warganegara Malaysia Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun semasa tahun permohonan SPM dengan sekurang-kurangnya 5 kepujian, termasuk: Bahasa Melayu – gred A Sejarah – lulus Subjek-subjek berkaitan bidang dimohon – cemerlang Lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temuduga
Selain Laluan Perdana (UPUOnline), terdapat juga Laluan Kedua untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Laluan ini diwujudkan bagi memberi peluang tambahan kepada pelajar yang tidak berjaya melalui UPUOnline atau ingin memohon terus ke program tertentu yang ditawarkan oleh universiti. Permohonan: terus ke universiti Yuran pengajian: 90% ditanggung oleh Kerajaan Permohonan boleh dibuat melalui portal IPTA yang menawarkan program pengajian yang dibuka pada tempoh tertentu. Antara senarai universiti yang menawarkan Laluan Kedua:
Setiap calon boleh merujuk kepada proses permohonan seperti berikut: Pembelian no pin di BSN RM10.50 (boleh dibeli secara tiga kaedah) ● Beli secara dalam talian di MYBSN ● Di kaunter ● Mesin ATM Layari e-Profilling dan Portal UPU Pastikan kategori permohonan ke IPT bagi peringkat sarjana muda adalah seperti berikut: Semak syarat kelayakan di e-Panduan di UPUonline. Calon digalakkan untuk mengira merit sebagai panduan lepasan STPM dan setaraf. Semakan tren permohonan dan penawaran program (hanya boleh diakses semasa permohonan UPUOnline. Semak laluan kerjaya Isi permohonan di UPUOnline Pastikan maklumat peribadi diisi dengan lengkap. Pilih program ikut keutamaan merujuk kepada merit, syarat am dan syarat khas program. Lengkapkan permohonan. Pastikan calon menekan butang simpan. Cetak slip permohonan Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat. Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had.
Laluan Perdana merupakan laluan utama kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Permohonan: melalui UPUOnline Yuran pengajian: 90% ditanggung oleh Kerajaan Berikut merupakan laluan pendidikan ke IPTA melalui UPU Online: Antara syarat kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda di IPTA: SPM: Kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus Sejarah PNGK 2.0 Gred C (2.0) dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am SPM: Kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus Sejarah PNGK 2.0 SPM: Kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus Sejarah Minimum tahap Jayyid SPM: Kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus Sejarah Pra-U lulusan Sekolah Sukan Malaysia/GCE A-Level/International Baccalaureate Diploma/AusMat yang diluluskan oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti Mempunyai diploma yang diluluskan oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti. Keputusan Malaysian University English Test (MUET): sekurang-kurangnya band 1 atau bergantung kepada syarat khas program
