Setiap calon boleh merujuk kepada proses permohonan seperti berikut:
- Pembelian no pin di BSN RM10.50 (boleh dibeli secara tiga kaedah)
● Beli secara dalam talian di MYBSN
● Di kaunter
● Mesin ATM
- Layari e-Profilling dan Portal UPU
- Pastikan kategori permohonan ke IPT bagi peringkat sarjana muda adalah seperti berikut:
- Semak syarat kelayakan di e-Panduan di UPUonline.
- Calon digalakkan untuk mengira merit sebagai panduan lepasan STPM dan setaraf.
- Semakan tren permohonan dan penawaran program (hanya boleh diakses semasa permohonan UPUOnline.
- Semak laluan kerjaya
- Isi permohonan di UPUOnline
- Pastikan maklumat peribadi diisi dengan lengkap.
- Pilih program ikut keutamaan merujuk kepada merit, syarat am dan syarat khas program.
- Lengkapkan permohonan.
- Pastikan calon menekan butang simpan.
- Cetak slip permohonan
- Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
- Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had.
