Program Matrikulasi adalah salah satu laluan pra universiti yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi (IPT).
Jurusan pengajian yang ditawarkan:
- Sains
- Kejuruteraan
- Perakaunan
- Perakaunan Profesional
Syarat am:
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak melebihi 20 tahun semasa memohon
- Pemohon mestilah calon SPM semasa
Maklumat asas matrikulasi:
- Yuran pengajian dan penginapan percuma
- Pelajar yang layak akan mendapat Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP)
- Lulusan Sijil Matrikulasi KPM boleh memohon jawatan pada Gred 29 bagi skim perkhidmatan berkaitan dalam perkhidmatan awam
