Program Diploma ialah salah satu laluan utama selepas SPM yang ditawarkan oleh universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan institusi swasta. Ia bersifat lebih praktikal dan berfokus kepada kemahiran serta membolehkan pelajar terus bekerja atau menyambung ke peringkat ijazah.
Syarat am:
Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya:
- Tiga (Kepujian) dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu
- Lulus mata pelajaran Sejarah.
Institusi yang menawarkan program diploma
- Universiti Awam (UA) seperti UiTM, UUM, UTHM, UTeM, dan lain-lain
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- Kolej dan Universiti Swasta (yang berdaftar dengan MQA dan KPT)
Tempoh pengajian: 2 – 3 tahun
Sesetengah program diploma boleh memindahkan kredit subjek-subjek tertentu sewaktu Ijazah Sarjana Muda
Mohon program Diploma di UPU OnlinePanduan UPU Online