Program Pra-Universiti Antarabangsa adalah program persediaan akademik bagi lepasan SPM atau setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara atau universiti tempatan yang mengguna pakai sistem antarabangsa.
Ia adalah program akademik pra-ijazah yang setaraf dengan STPM atau A-Level, tetapi menggunakan silibus standard antarabangsa yang diiktiraf terutama oleh universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Kanada.
Antara Jenis program Pra-Universiti Antarabangsa:
- A-Level (Cambridge)
- International Baccalaureate (IB Diploma Programme)
- Australian Matriculation (AUSMAT/SACEi)
- Canadian Pre-University (CPU/ICPU)
- American Degree Foundation Program (ADP)
Program ini terbuka kepada pelajar lepasan SPM dengan biasiswa/penajaan atau secara persendirian.
