Pengajian Tingkatan 6 di Malaysia merupakan salah satu laluan pendidikan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ia merupakan persediaan bagi pelajar untuk menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) iaitu kelayakan pra-universiti yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
- Setaraf dengan A-Level
- Diiktiraf oleh Cambridge Assessment International Education, United Kingdom
- Setaraf dengan diploma
- Diterima oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk perjawatan dalam perkhidmatan awam
Pelajar lepasan SPM yang menepati syarat am dan syarat khas kemasukan layak ditawarkan secara automatik untuk meneruskan pengajian ke Tingkatan Enam.
Syarat am:
- Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
- Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa
Jenis sekolah yang menawarkan Tingkatan 6
